02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Perenggan 40 : Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

40.5.2.1.b

Pelantikan Kontraktor

40.5.2.1.d

40.5.2.2.a

Semakan Audit mendapati Kluang HC telah berdaftar dengan CIDB sebagai

kontraktor kelas G7 tetapi tidak berdaftar dengan PKK serta tidak mempunyai

pengalaman dalam bidang pembinaan atau mengendalikan projek pembinaan

hospital.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 antaranya menetapkan kontrak

perlu ditandatangani dalam tempoh 4 bulan selepas Surat Setuju Terima (SST)

dikeluarkan. Semakan Audit mendapati kontrak bagi projek Fasa II lewat

ditandatangani selama 6 bulan iaitu pada 18 Jun 2008 sedangkan SST telah

dikeluarkan pada 20 Ogos 2007.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, salah sebuah syarikat pemegang saham

Kluang Medical Center Sdn. Bhd. adalah Zelleco Infrastructure Sdn. Bhd. (ZISB)

yang merupakan pemilik lesen PKK Kelas A berstatus Bumiputra. Permohonan

Kluang HC untuk mendaftar dengan PKK telah ditolak kerana ZISB telah berdaftar

dengan PKK dan ZISB telah memberi kebenaran bagi KHC menggunakan lesen

dalam pelaksanaan projek ini. Manakala kelewatan menandatangani kontrak

berlaku kerana dokumen kontrak yang lengkap dan teratur lewat dikemukakan oleh

kontraktor kepada pihak Kementerian untuk ditandatangan.

Pada pendapat Audit, Kementerian sepatutnya memastikan syarikat yang dilantik

bagi melaksanakan projek ini berdaftar dengan PKK selaras dengan peraturan

kewangan. Selain itu, Kementerian juga perlu mempercepatkan proses

menandatangani kontrak untuk menjaga kepentingan Kerajaan pada masa

hadapan.

Pelantikan Perunding Pengurusan Projek

Proses rundingan yang dijalankan mengambil masa yang lama menyebabkan Surat

Pelantikan Perunding hanya dikeluarkan pada 4 Jun 2008 iaitu selepas 66 bulan

325

325

Kelewatan surat pelantikan PMC dikeluarkan adalah kerana

terdapat perubahan skop kerja di peringkat pra-pembinaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!