02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

mengikut tempoh yang ditetapkan. Kementerian juga perlu menjalankan siasatan

dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang cuai sehingga

menyebabkan kepentingan Kerajaan terjejas.

Sebagai tindakan penambahbaikan, KKM telah mengarahkan

pihak hospital tersebut supaya mematuhi peraturan kewangan

dan prosedur perolehan berkuatkuasa, termasuk memantau

semua perolehan dengan lebih teliti dan memberi peringatan

kepada pembekal yang menghadapi masalah untuk memenuhi

pesanan. Sekiranya pembekal masih gagal memenuhi pesanan

setelah peringatan diberikan maka Pesanan Kerajaan tersebut

akan dibatalkan. Selain itu, pihak hospital juga dalam

mesyuaratnya juga telah mengingatkan kepada semua end-user

yang memesan dan menerima peralatan agar sentiasa

menghubungi pembekal untuk mengetahui status perolehan

peralatan lain di masa depan.

39.5.3.1 Pengujian Dan Pentauliahan

Semakan Audit mendapati pembayaran sepenuhnya sebanyak RM0.70 juta telah

dibuat bagi 21 peralatan antara 7 hingga 131 hari lebih awal sebelum pengujian dan

pentauliahan dijalankan.

Jawatankuasa Siasatan telah mengemukakan hasil siasatan

yang telah memperakukan tindakan punitive ke atas pegawaipegawai

yang terlibat.

Keputusan Kementerian mengenai syor tindakan-tindakan yang

akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dijangka

dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2012.

39.5.3.2 Sistem ePerolehan

Semakan Audit mendapati Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian

telah menyediakan garis panduan yang silap dalam pengiraan bayaran 0.8%

sehingga boleh menyebabkan kontraktor menetapkan harga fi perkhidmatan

melebihi nilai sepatutnya sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 32 dalam

Arahan Kepada Petender. Semakan Audit selanjutnya mendapati pemotongan

bayaran kepada CDC tidak dibuat terhadap invois kontraktor oleh pusat

tanggungjawab yang tidak menggunakan Sistem ePerolehan menyebabkan

bayaran sebanyak RM1.01 juta telah terlebih dibayar kepada kontraktor.

Terdapat 23 tender peralatan perubatan yang telah diuruskan

oleh Program Perubatan sepanjang tahun 2008-2010. Kesemua

tender-tender ini telah diuruskan secara manual dan tidak

menggunakan sistem ePerolehan. Dengan yang demikian

semasa pembayaran dilakukan tiada pemotongan untuk fi

perkhidmatan yang telah dibuat kepada CDC.

Mengambilkira pandangan dan teguran audit yang menyatakan,

kontraktor-kontraktor telah menetapkan nilai fi perkhidmatan

melebihi nilai yang sepatutnya, beberapa langkah telah

dilaksanakan seperti berikut:

i. Menyemak kembali semua dokumen yang telah dikemukakan

oleh ke semua petender di atas; dan

ii. Mengutip kembali lebihan bayaran. Semakan semula telah

dilakukan ke atas semua dokumen yang telah dikemukakan

oleh petender-petender di atas. Hasil semakan mendapati

317

317

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!