02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

39.5.1.5 Tandatangan Kontrak

HTAA

Surat kutipan bon pelaksanaan bagi 6 sebutharga yang masih

belum dikutip telah dikemukakan kepada syarikat terbabit. Walau

bagaimanapun, pihak syarikat tidak dapat mengemukakan bon

pelaksanaan kerana tempoh warranty telah tamat dan peralatan

dalam keadaan baik.

Semakan Audit mendapati 5 kontrak di BP&P bernilai RM27.25 juta telah lewat

ditandatangani antara 9 hingga 74 hari.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan peraturan semasa perolehan

barang import dipatuhi; mengambil tindakan terhadap keputusan sebut harga yang

tidak sah kerana diputuskan oleh pegawai tanpa kuasa; memberi latihan berterusan

terhadap pengurusan perolehan bagi memastikan pengurusan bon pelaksanaan

teratur dan Surat Setuju Terima ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa.

Kementerian juga perlu memastikan kontrak ditandatangani dalam tempoh

ditetapkan bagi memastikan kepentingan Kerajaan dipelihara sepanjang tempoh

kontrak.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, pembetulan telah diambil selepas teguran

Audit di mana permohonan kelulusan perolehan barang import telah dihantar

kepada MITI pada bulan Disember 2011. Bagaimanapun, maklum balas

mengenainya masih belum diterima. Kementerian juga telah mengeluarkan surat

peringatan kepada semua Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri agar memastikan

semua PTJ mematuhi peraturan semasa dan merencanakan bengkel teguran Audit

bagi pegawai dan kakitangan berkaitan.

KKM telah melaksanakan tindakan penambahbaikan seperti

berikut:-

i) Menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan

tandatangan kontrak bagi mempastikan tidak berlaku

kelewatan;

ii)

Tarikh patut diterima kembali kontrak telah dimasukkan

dalam data maklumat perolehan sebagai ingatan;

iii) Bagi mengelakkan kesilapan dalam penyediaan Bon

Pelaksanaan, KKM telah memberikan contoh Bon

Pelaksanaan kepada syarikat-syarikat yang baru menyertai

tender. Walau bagaimanapun, surat peringatan akan

diserta kepada syarikat baru tersebut supaya mempastikan

Bon yang dikemukakan tidak terdapat sebarang kesilapan

yang akan menyebabkan proses kontrak seterusnya; dan

iv)

Mengeluarkan surat peringatan kepada syarikat supaya

dapat mengembalikan kontrak dalam tempoh yang

ditetapkan. Walau bagaimanapun sebagai langkah

penambahbaikan, Bahagian ini akan mengeluarkan Surat

Peringatan 1 (selepas 1 bulan), Surat Peringatan 2

(selepas 2 bulan), Surat Peringatan 3 (selepas 3 bulan).

39.5.2 Penerimaan Peralatan

Semakan Audit di HDOK mendapati sebanyak 11 peralatan yang dipesan melalui

sebut harga/ pembelian terus berjumlah RM1.03 juta telah lewat dibekalkan antara

34 hingga 92 hari. Bagaimanapun, denda tidak dapat dikenakan terhadap pembekal

terlibat kerana syarat berhubung pengenaan denda tidak dinyatakan dalam

dokumen sebut harga/pesanan kerajaan.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah meningkatkan pemantauan terhadap

pembekalan peralatan bagi memastikan pembekal membekalkan peralatan

Daripada 11 perolehan yang dibangkitkan oleh pihak Audit,

sebanyak tujuh perolehan bernilai kurang daripada RM50 ribu

dan telah dibuat secara pembelian terus. Maka, tiada syarat

berhubung pengenaan denda dinyatakan dalam Pesanan

Kerajaan. Empat lagi perolehan bernilai lebih daripada RM50

ribu dan telah dibuat secara sebutharga. Walau bagimanapun,

maklumat berhubung denda juga tidak dinyatakan dalam

dokumen sebutharga berkenaan.

316

316

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!