02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pelesenan dan penguatkuasaan. Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada

6 Februari 2008 kepada Edaran Komputer Sdn. Bhd. Semakan Audit mendapati

kontrak perjanjian hanya ditandatangani pada 12 Mac 2009 iaitu melebihi tempoh 4

bulan daripada tarikh SST dan bertentangan dengan Surat Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 yang mengkehendaki perjanjian kontrak

ditandatangani tidak lewat 4 bulan daripada tarikh SST. Selain itu, kontrak ini juga

ditandatangani selepas berakhirnya tempoh pelaksanaan kontrak (tempoh kontrak

adalah dari 6 Februari 2008 hingga 5 Februari 2009). Ini telah menyebabkan semua

terma dan syarat kontrak tidak dapat dikuatkuasakan. Semakan lanjut mendapati

kontrak tersebut gagal disempurnakan seperti yang dirancang walaupun sejumlah

RM2.59 juta atau 59% daripada amaun kontrak telah dibayar.

38.5.2.2 Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian melalui laporannya bertarikh

19 Oktober 2011 mengesahkan bahawa sistem SPPF dan SPF gagal dibangunkan

mengikut keperluan operasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Setakat

12 Januari 2011, status pembangunan sistem adalah 15% siap manakala status

keseluruhan projek adalah 30% siap. Pihak Audit juga mendapati bayaran

sepenuhnya telah dibuat bagi peralatan komputer. Berdasarkan laporan BPM,

kegagalan ini disebabkan tiada perancangan yang teliti, rapi dan menyeluruh oleh

BPF sebagai agensi pelaksana. Dengan itu, pengurusan pelesenan dan

penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan pantas bagi

menggantikan amalan secara manual yang digunakan pada masa kini.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, surat tuntutan Bon Pelaksanaan telah

dikemukakan kepada Malayan Banking Berhad pada bulan Februari 2012.

Mesyuarat Khas Pemantauan Pelaksanaan Projek-projek ICT Bil. 2/2011 pada

6 Disember 2011 telah memutuskan kontrak dengan syarikat berkenaan ditamatkan

dan baki bayaran berjumlah RM1.77 juta tidak akan dibayar. Kontraktor juga

dikenakan penalti bermula daripada tarikh tamat kontrak iaitu 6 Ogos 2009

sehingga 24 Ogos 2012 berjumlah RM9.46 juta. Bagaimanapun Edaran Komputer

Sdn. Bhd. telah membawa isu ini ke Pusat Timbang Tara Serantau pada bulan

Februari 2012. Kementerian juga telah menyediakan dokumen tender dan

dokumentasi spesifikasi keperluan pengguna bagi menyambung semula projek ini

melalui perolehan secara tender terhad.

Pada pendapat Audit, perbelanjaan RM2.59 juta tidak memberi value for money

kepada Kerajaan. Siasatan lanjut perlu dibuat ke atas status pembekalan peralatan

komputer kerana bayaran sepenuhnya telah pun dibuat. Selain itu, perancangan

yang teliti, rapi dan menyeluruh bagi kontrak pembangunan sistem komputer/ICT

perlu dilakukan sebelum sesuatu projek dilaksanakan. Kementerian juga perlu

mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menyempurnakan sistem yang telah

dibangunkan dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terbabit.

menyatakan antara punca kegagalan sistem tersebut gagal

diserahkan adalah seperti berikut:

i. Pihak vendor gagal untuk memahami business process di

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) dan System

Requirement Specification (SRS) yang dihasilkan adalah

terlalu umum dan tiada pengintegrasian antara proses kerja;

ii. Hasil daripada User Acceptance Test (UAT) mendapati

sistem gagal diintegrasi di antara modul, output seperti

borang, laporan dan statistik gagal dijana. Vendor juga tidak

mengemukakan laporan hasil dari UAT yang telah dijalankan

kepada BPF;

iii. Vendor masih lagi meneruskan dengan Provisional

Acceptance Test (PAT) dan Trial Run walaupun proses UAT

gagal menghasilkan sebarang output; dan

iv. Vendor tidak membuat sebarang penyelarasan ke atas isu

yang timbul hasil dari sesi pengujian yang telah dijalankan

dengan pemilik proses SPPF/SPF.

Sejumlah RM2,589,517.40 (59.43%) yang telah dibayar kepada

vendor adalah meliputi:-

i. Bayaran bagi perkakasan RM1,404,021.20;

ii. Bayaran bagi perisian RM557,772.00;

iii. Pemeteraian Perjanjian RM435,724.20; dan

iv. Reka bentuk architecture sistem RM192,000.00

Perkakasan dan perisian yang telah dibeli melalui projek

SPPF/SPF sedang digunakan. Reka bentuk architecture sistem

yang telah dibayar digunakan sebagai basis kepada sistem baru.

Surat penamatan kontrak telah dikeluarkan oleh KKM kepada

vendor bertarikh 17 Januari 2012. Pihak vendor telah

mengemukakan tuntutan mereka kepada Pusat Timbang Tara

Serantau Kuala Lumpur. Pihak KKM sedang menyediakan

dokumentasi kes berdasarkan kepada Order of Directions yang

telah dipersetujui.

KKM juga telah mula menyediakan dokumen tender bagi projek

baru dan dokumentasi Spesifikasi Keperluan Pengguna.

313

313

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!