02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

38.5.1.3.d

Pengiklanan

Semakan Audit mendapati sebanyak 655 kes telah diberi surat amaran/peringatan

dan 29 kes lagi telah didakwa di mahkamah. Adalah didapati arahan kerja

berhubung proses ini ada disediakan, namun tempoh masa bagi mengeluarkan

surat amaran/peringatan tidak dinyatakan. Semakan Audit mendapati tempoh masa

sebenar yang diambil bagi mengeluarkan surat amaran/peringatan adalah antara 29

hingga 150 hari selepas selesai penyiasatan.

Maklum balas seperti di perenggan 38.5.1.3.d

Berdasarkan maklum balas Kementerian, tindakan penambahbaikan yang telah

diambil antaranya pengeluaran surat amaran/peringatan dalam tempoh 10 hari

bekerja telah dikuatkuasakan; arahan kerja ISO 9001:2008 ditambah baik dengan

memasukkan proses tindakan iklan dan sistem pemonitoran iklan (program Ms

Access) dikemas kini dengan maklumat tarikh aduan diterima dan tarikh iklan

dirujuk.

Pada pendapat Audit, tindakan penambahbaikan yang diambil oleh Kementerian

adalah memadai untuk memastikan surat amaran/peringatan dikeluarkan dalam

tempoh yang munasabah. Bagaimanapun, Kementerian perlu memastikan arahan

kerja yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya oleh bahagian yang berkaitan melalui

penyeliaan proses kerja secara berterusan.

38.5.1.3.e

Produk Rampasan Masih Belum Dilupuskan

Semakan Audit mendapati produk yang dirampas masih belum dilupuskan di mana

sebahagiannya telah dirampas sejak tahun 2009. Keadaan ini telah mengakibatkan

masalah pada ruang penyimpanan yang agak terhad. Semakan lanjut mendapati

garis panduan pelupusan produk rampasan tidak diwujudkan.

Maklum balas seperti di perenggan 38.5.1.3.e

Berdasarkan maklum balas Kementerian, draf Garis Panduan Saringan

Pengimportan Pintu Masuk Kastam merangkumi prosedur pelupusan bahan

rampasan telah dibincangkan dalam mesyuarat khas pada bulan April 2012 dan

akan diguna pakai pada akhir tahun 2012.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu segera memuktamadkan draf Garis

Panduan Saringan Pengimportan Pintu Masuk Kastam supaya tindakan pelupusan

dapat dilaksanakan secepatnya.

38.5.2.1 Sistem Pengkomputeran

Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Farmasi (SPPF) dan Sistem Pengurusan

Farmasi (SPF) bernilai RM4.36 juta telah dibangunkan pada 5 Februari 2009.

Sistem ini bertujuan untuk mengautomasi dan mengintegrasikan sistem

penyampaian perkhidmatan termasuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan

Berdasarkan kepada Laporan Teknikal mengenai Isu Kelewatan

Kontrak Projek Sistem Pengurusan Penguatkuasa

Farmasi/Sistem Pengurusan Farmasi (SPPF/SPF) yang

dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM

312

312

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!