02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

38.5.1.3.a.ii

38.5.1.3.a.iii

38.5.1.3.a.iv

Pemeriksaan Audit mendapati pihak CPPF lebih memberi tumpuan pemeriksaan

terhadap Premis Berlesen dan Berdaftar (47.4% hingga 89.9%) berbanding Premis

Tidak Berlesen (10.1% hingga 52.6%). Bagaimanapun semakan Audit mendapati

kes pelanggaran akta seperti penjualan produk beracun dan produk tidak berdaftar

serta lambakan produk tiruan yang didakwa di mahkamah banyak berlaku di

kalangan Premis Tidak Berlesen iaitu antara 70.4% hingga 89.2%.

Semakan lanjut mendapati pihak CPPF juga kurang membuat pemeriksaan

terhadap produk kosmetik yang dijual di pasar malam/pagi/tamu/minggu, salon

kecantikan/spa, aromaterapi/pusat rawatan rambut Tinjauan Audit di Presint 1 dan

2, Putrajaya mendapati produk kosmetik berjenama disyaki tiruan dijual di Pasar

Tani. Menurut CPPF, pemeriksaan terhadap produk kosmetik sukar dilakukan

kerana nombor notifikasi (notis makluman dengan BPFK)/label tidak diwajibkan ke

atas kosmetik, laman web BPFK bagi tujuan semakan pendaftaran produk kosmetik

tidak kemas kini dan tiada garis panduan khusus diwujudkan bagi pemeriksaan

produk kosmetik secara berkala. Selain itu, tindakan terhadap pengedar dan stokis

kosmetik tiruan sukar diambil kerana ia di bawah bidang kuasa penguatkuasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Lawatan Audit bersama-sama pegawai CPPF di 5 Premis Tidak Berlesen di

Selangor mendapati 4 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan seperti menjual

produk tidak berdaftar dan mempamerkan iklan yang menyalahi Akta Ubat (Iklan

dan Jualan) 1956. Hasil temu bual dengan peniaga mendapati perkara ini berlaku

disebabkan mereka kurang peka dengan peraturan yang ditetapkan oleh

Kementerian dan premis tersebut tidak pernah diperiksa oleh CPPF.

Berdasarkan maklum balas, Kementerian tidak berkemampuan untuk sentiasa

membuat pemeriksaan ke atas semua premis. Bagaimanapun tindakan telah

diambil, antaranya Kementerian sedang di peringkat akhir menggubal semula Rang

Undang-undang Farmasi yang membolehkan Pihak Berkuasa Berwibawa

(Competent Authority) mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak yang

mengendalikan keluaran-keluaran berdaftar; menyediakan satu garis panduan

untuk mengawal premis-premis yang telah dilesenkan oleh PBT, mempergiatkan

hebahan melalui media dan penerangan melalui dialog, ceramah dan pameran

mengenai kesalahan dan hukuman sekiranya mereka menjual ubat-ubatan tidak

berdaftar, akan mengemukakan syor kepada persidangan ASEAN

HARMONISATION pada masa hadapan berkaitan bahan kosmetik berisiko

dicampuri racun perlu ditampal dengan hologram; pihak BPFK akan mengarahkan

semua pemegang notifikasi kosmetik supaya memastikan setiap pengedar atau

salon kecantikan dibekalkan maklumat status notifikasi. Operasi bersepadu CPPF

bersama KPDNKK telah diadakan sebanyak 3 kali pada tahun 2010 hingga 2011

dan akan terus dilaksanakan jika ada keperluan.

308

308

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!