02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

5.5.3.1 Kawalan Perbelanjaan

Peruntukan mengurus bagi 14 pejabat perwakilan yang dilawati adalah berjumlah

RM64.32 juta manakala perbelanjaannya berjumlah RM63.28 juta (98.4%). Adalah

diperhatikan satu daripada 14 pejabat perwakilan yang dilawati iaitu Pejabat

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand telah berbelanja melebihi daripada

peruntukan.

Isu telah diselesaikan.

Maklum Balas Kementerian Luar Negeri Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand memaklumkan

perbelanjaan melebihi peruntukan adalah disebabkan bayaran yang tidak dapat

dielakkan yang perlu dilunaskan untuk menjaga nama baik Kedutaan Besar

Malaysia. Kementerian telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut dan telah

meluluskan peruntukan tambahan untuk diselaraskan.

5.5.3.2 Prestasi pematuhan kawalan perbelanjaan bagi 12 pejabat perwakilan yang lainnya

adalah tidak memuaskan di mana peraturan berhubung dengan penyelenggaraan

Buku Vot, Daftar Kontrak dan Daftar Bil masih tidak dipatuhi sepenuhnya. Semakan

Audit selanjutnya terhadap bil telefon bulan Februari dan Mac 2011 di Pejabat

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi berjumlah AED$12,183.92 mendapati bil

tersebut tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala semakan di

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand mendapati pegawai yang

memperakui baucar tidak menurunkan tandatangan setiap kali memperakui baucar,

sebaliknya pengesahan hanya dibuat pada setiap hujung bulan.

Isu telah diselesaikan.

Maklum Balas Kementerian Luar Negeri Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi memaklumkan kelewatan menjelaskan bil

telefon adalah disebabkan tidak menerima bil bagi bulan berkaitan daripada pihak

telekomunikasi Etisalat berikutan dokumen tersebut hilang dalam perjalanan.

Tindakan penambahbaikan juga telah diambil terhadap kelemahan kawalan

perbelanjaan lain yang dibangkitkan.

5.5.4.1 Pengurusan Deposit / Pendahuluan

Prestasi pengurusan deposit/pendahuluan di pejabat perwakilan yang dilawati

adalah baik kecuali bagi Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United

Kingdom; Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi; Pejabat Kedutaan Besar

Malaysia di Jakarta, Indonesia; Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait dan

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina yang tidak memuaskan

dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kementerian. Semakan Audit

selanjutnya mendapati 5 kes pendahuluan diri berjumlah £7,152.75 di Pejabat

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom masih belum diselesaikan

sejak tahun 2001 manakala pendahuluan diri berjumlah RM90,510.05 di Kedutaan

Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia masih belum direkodkan.

Isu telah diselesaikan.

19

19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!