02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan kontrak ditandatangani dalam

tempoh masa yang ditetapkan bagi menjaga kepentingan Kerajaan.

37.5.3.2 Bon Pelaksanaan Lewat Dikemukakan

Senarai kontrak yang mana bon pelaksanaan lewat dikemukakan oleh pembekal

antara 8 hingga 88 hari.

Maklum balas adalah seperti penemuan audit di para 37.5.3.2.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, Kementerian sentiasa berbincang dan

memberi peringatan kepada pembekal agar dapat mengemukakan

bon pelaksanaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan pembekal

mengemukakan bon pelaksanaan dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi

menjamin kepentingan kerajaan.

37.5.4.1 Bekalan Diterima Sebelum Pesanan Tempatan Dikeluarkan

Semakan Audit mendapati bekalan berjumlah RM407,246 telah diterima antara

8 hingga 161 hari sebelum Pesanan Tempatan dikeluarkan.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, Jawatankuasa Siasatan akan ditubuhkan

bagi menyiasat maklum balas yang diberikan oleh Hospital Ampang, Hospital Pulau

Pinang dan Hospital Kuala Lumpur.

Pada pendapat Audit, pihak hospital terlibat sepatutnya merancang pembelian item

berkenaan dengan lebih awal bagi mengelakkan bekalan stok diterima sebelum

Pesanan Tempatan dikeluarkan dan memastikan improper payment tidak berulang.

Syor tindakan yang akan dikenakan ke atas pegawai yang

terlibat telah selesai diperakukan oleh Pegawai Pengawal pada

27 Ogos 2012.

Jawatankuasa Siasatan telah mengemukakan hasil siasatan

yang telah memperakukan tindakan punitive ke atas pegawaipegawai

yang terlibat.

Keputusan Kementerian mengenai syor tindakan-tindakan yang

akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dijangka

dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2012.

37.5.4.2 Bayaran Sebelum Penghantaran Bekalan

Semakan Audit mendapati bayaran bernilai RM268,897 telah dibuat antara

3 hingga 589 hari sebelum bekalan diterima sepenuhnya.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, Jawatankuasa Siasatan akan ditubuhkan

bagi menyiasat maklum balas yang diberikan oleh Hospital Ampang, Hospital

Queen Elizabeth, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kuala Lumpur.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu menjalankan siasatan mendalam terhadap

bayaran sebelum bekalan diterima atau improper payment yang berlaku dengan

mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai terlibat.

Syor tindakan yang akan dikenakan ke atas pegawai yang

terlibat telah selesai diperakukan oleh Pegawai Pengawal pada

27 Ogos 2012.

Jawatankuasa Siasatan telah mengemukakan hasil siasatan

yang telah memperakukan tindakan punitive ke atas pegawaipegawai

yang terlibat.

Keputusan Kementerian mengenai syor tindakan-tindakan yang

akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dijangka

dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2012.

302

302

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!