02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

selaras dengan peningkatan bilangan item ubat dan kenaikan harga APPL baru.

Tindakan terhadap pegawai yang cuai dalam mendapatkan bon pelaksanaan yang

meliputi tempoh kontrak juga perlu diambil.

37.5.2.3.a

Kemudahan Information, Communication And Technology

37.5.2.3.b

Kelewatan menandatangani perjanjian baru selama 1 tahun 4 bulan menyebabkan

PhIS dan CPS lewat dimulakan dan ini merugikan Kementerian khususnya kepada

hospital dan klinik terlibat. Tambahan lagi Syarikat Pharmaniaga telah

menangguhkan 7 bulan tarikh mula projek pembangunan sistem ini iaitu dari

16 Mac 2011 kepada 23 November 2011 kerana kontraktor bagi membangunkan

projekini iaitu Syarikat Dataware Sdn. Bhd. hanya dilantik pada 23 November 2011.

Beberapa terma perjanjian konsesi baru mengenai pembangunan sistem PhIS/CPS

lewat dipatuhi antara 30 hingga 240 hari oleh Syarikat Pharmaniaga.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, tiada peruntukan yang jelas dan terperinci

mengenai pembangunan sistem ICT dalam perjanjian konsesi lama. Maka

pembangunan sistem PhIS/CPS telah dicadangkan selepas perjanjian baru

ditandatangani. Keperluan ini telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak dalam

tempoh interim sebagai sebahagian daripada terma-terma baru perjanjian konsesi

berkenaan.

Pada pendapat Audit, pembangunan PhIS/CPS perlu mengambil kira

pengintegrasian modul Hospital Information System sedia ada bagi tujuan

penjimatan kos. Selain itu, pembangunan PhIS/CPS perlu dipercepatkan kerana

penyempurnaannya pada 15 Mac 2015 iaitu 4 tahun 9 bulan sebelum kontrak tamat

adalah merugikan Kerajaan kerana faedah penggunaan sistem ini lewat diterima

dan pengintegrasian dengan pelbagai sistem ICT Kerajaan lain tidak dapat

dilaksanakan dengan cepat. Bagi memastikan pembangunan sistem ini dapat

berjalan dengan lancar, elemen denda satu peratus daripada jumlah kos

pelaksanaan bagi setiap hari lewat seperti dinyatakan dalam perjanjian konsesi

patut dikuatkuasakan.

Perkembangan Pembangunan Projek PhIS/CPS sehingga

6 September 2012

Software Development Coding telah 6.8% selesai daripada 10%

Planned Overall Allocated dan Change Management and

Training di PTJ terlibat sedang giat dijalankan.

Sesi User Acceptance Test (UAT) dijadualkan bermula

27 September 2012 sehingga Mac 2013.

Hasil semakan KKM mendapati bahawa, Jemaah Menteri pada

3 Jun 2009 telah bersetuju untuk mengekalkan terma-terma dan

syarat-syarat perjanjian konsesi lama bagi tempoh interim mulai

1 Disember 2009 sehingga terma-terma dan syarat-syarat baru

perjanjian konsesi baru dimuktamadkan dan dipersetujui.

Sehubungan itu, di bawah perjanjian konsesi lama, tiada

peruntukan yang jelas dan terperinci mengenai pembangunan

sistem ICT. Namun begitu, KKM berpendapat sistem ICT yang

cekap sangat diperlukan dalam pelaksanaan terma-terma APPL

ini.

Oleh itu, pembangunan sistem PhIS dan CPS telah dicadangkan

pembangunan dan pengaplikasiannya selepas perjanjian baru

ditandatangani. Keperluan ini telah dibincangkan oleh kedua-dua

pihak dalam tempoh interim sebagai sebahagian daripada

terma-terma dan syarat-syarat baru perjanjian konsesi yang

berkenaan.

Bagi memastikan pembangunan ICT berjalan lancar dengan

mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat

dalam melantik pegawai projek yang diperlukan, KKM telah

mempertimbangkan dan memberi masa kepada syarikat untuk

menyediakan pasukan projek ICT yang berkelayakan seperti

yang disyaratkan di bawah Appendix 22 Perjanjian Konsesi

Penswastaan Makmal Ubat dan Stor KKM.

300

300

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!