02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

PhIS dan memuktamadkan terma berkaitan ICT setelah mendapat persetujuan

daripada Pihak Unit Kerjasama Awam Swasta.

Pada pendapat Audit, penyediaan terma perjanjian konsesi baru sepatutnya

dimuktamadkan sebelum 30 November 2008 seperti ditetapkan.

supaya kepentingan kerajaan terjamin melalui perjanjian yang

baru nanti. KKM juga melantik perunding (USAINS Holding

Sdn. Bhd.) bagi menyediakan terma-terma dan syarat-syarat

baru perjanjian konsesi yang tidak merugikan kerajaan.

Di samping itu, terma-terma berkaitan ICT juga perlu

dimasukkan dalam perjanjian konsesi yang baru setelah perkara

ini mendapat persetujuan dari UKAS pada 18 Jan 2010.

Penyediaan spesifikasi ICT bagi pembangunan Sistem ICT –

PhIS termasuk terma-terma berkaitan ICT untuk dimasukkan

dalam perjanjian konsesi baru ini juga memerlukan masa yang

agak panjang.

37.5.2.2.a

37.5.2.2.b

37.5.2.2.c

Pengurusan Bon Pelaksanaan

Bon Pelaksanaan bernilai RM45 juta yang dikenakan bagi kontrak baru adalah

menyamai bon pelaksanaan bagi kontrak asal (Disember 1994 hingga

November 2009). Nilai bon pelaksanaan tersebut adalah tidak munasabah kerana

bilangan item dalam kontrak baru berbanding kontrak lama telah meningkat

daripada 395 item kepada 610 item. Selain itu, harga kontrak baru juga telah

meningkat sehingga 184%.

Bon Pelaksanaan bagi tempoh 1 Disember 2009 hingga 31 Mei 2010 dan

1 Januari 2011 hingga 13 Februari 2011 tidak dikemukakan oleh syarikat kepada

Kementerian. Manakala Bon Pelaksanaan bagi tempoh 1 Jun 2010 hingga

31 Disember 2010 telah dikeluarkan pada 9 Jun 2010 iaitu lewat selama 8 hari.

Sahlaku Bon Pelaksanaan bagi perjanjian konsesi baru hanya meliputi tempoh

antara 14 Februari 2011 hingga 30 November 2012. Tempoh tersebut sepatutnya

berterusan mulai 14 Februari 2011 sehingga setahun selepas tempoh kontrak tamat

iaitu 30 November 2020.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, memandangkan tiada garis panduan

mengenai Bon Pelaksanaan bagi perjanjian konsesi, maka asas pengiraan

mengenainya telah dimuktamadkan oleh pihak Unit Kerjasama Awam-Swasta.

Pengiraan Bon Pelaksanaan mengambil kira unjuran 10% daripada jumlah jualan

tahunan 2010 sebelum 5% dikenakan daripada nilai kontrak terkini. Selain itu

Kementerian telah mengeluarkan surat pada 2 Mac 2012, meminta supaya Syarikat

Pharmaniaga mengemukakan Bon Pelaksanaan baru bermula

16 Mac 2011 hingga 30 November 2020.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu mempunyai asas/dokumen untuk

menyokong nilai Bon Pelaksanaan berjumlah RM45 juta dalam kontrak APPL baru

299

299

KKM telah mengambil maklum bahawa di dalam

menguatkuasakan perjanjian konsesi ini, ianya tidak tertakluk

dan terikat kepada Arahan Perbendaharaan. Oleh kerana tiada

garis panduan mengenai bon pelaksanaan, maka perundangan

mengenainya telah dimuktamadkan di peringkat UKAS.

Pengiraan dimuktamadkan di UKAS selepas dipersetujui oleh

pihak UKAS dengan mengambilkira unjuran perbelanjaan pada

tahun 2010. Asas kiraan bon pelaksanaan adalah berdasarkan

pengiraan unjuran 10% daripada jumlah jualan tahun 2010

seperti berikut:

Bon Pelaksanaan = RM810juta (Jumlah jualan 2010) + 10%

unjuran x 5%

= RM891 juta x 5%

= RM44.5 juta ~ RM45 juta.

Untuk makluman, Bon Pelaksanaan bagi kontrak baru yang

berjumlah RM45 juta ini sebenarnya lebih tinggi jika

dibandingkan dengan Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh

kontraktor bagi kontrak asal yang berjumlah RM40 juta.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!