02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Perenggan 37 : Pengurusan Bekalan Ubat dan Bukan Ubat

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

37.5.1.2 Pengagihan Bekalan Ubat Dan Bukan Ubat Ke Stor Unit

Semakan Audit mendapati setiap hospital mempunyai polisi/jadual pengagihan

bekalan ubat dan bukan ubat yang berbeza yang menyebabkan prestasi

pengagihannya kepada pengguna akhir tidak dapat ditentukan. Hospital Ampang

menetapkan semua bekalan ubat dan bukan ubat dibekalkan dalam tempoh

14 hari bekerja daripada tarikh pesanan dipohon. Hospital Kuala Lumpur pula

menetapkan bekalan ubat perlu dihantar dalam masa empat hari selepas pesanan.

Manakala bagi Hospital Pulau Pinang dan Hospital Queen Elizabeth pengagihan

bekalan ubat adalah berdasarkan kepada jadual yang ditetapkan.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, polisi pengagihan bekalan ubat dan

bukan ubat dari stor utama ke Stor Unit bagi semua hospital di Malaysia, tidak dapat

diseragamkan kerana ia perlu mengikut kesesuaian fasiliti masing-masing seperti

saiz dan lokasi, saiz substor, bilangan pengguna dan pegangan stor.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan polisi pengagihan

bekalan ubat dan bukan ubat dari Stor Utama ke Stor Unit bagi semua hospital di

Malaysia diseragamkan untuk memudahkan pemantauan dibuat terhadap

kecekapan perkhidmatan kesihatan awam.

Kementerian sedang menjalankan kajian mengenai kemudahan

stor di hospital-hospital termasuk keluasan ruang, bilangan

sumber manusia, piagam pelanggan yang telah ditetapkan dan

beberapa faktor lain. Cadangan penambahbaikan serta

penyeragaman polisi akan ditentukan setelah kajian ini selesai

sebelum akhir tahun 2012.

KKM akan berusaha untuk menyeragamkan pengagihan bekalan

ubat dan bukan ubat dari Stor Utama ke Stor Unit bagi semua

hospital. Walau bagaimanapun, jadual pungutan untuk

pengguna hendaklah mengikut kesesuaian di fasiliti masingmasing

dengan mengambil kira faktor yang berbeza di antara

fasiliti seperti kapasiti sumber manusia, saiz dan lokasi stor, saiz

substor pengguna, bilangan pengguna, pegangan stok dan lainlain

lagi.

37.5.2.1 Penyambungan Tempoh Kontrak

Semakan Audit mendapati Syarikat Pharmaniaga telah mengemukakan surat

permohonan pelanjutan perjanjian konsesi pada 1 Mac 2007. Bagaimanapun,

syarat perjanjian konsesi baru ini hanya dapat dimuktamadkan pada bulan Februari

2011 iaitu lewat selama 2 tahun 3 bulan.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, Kementerian telah berusaha

mempercepatkan penyediaan terma perjanjian konsesi baru bagi mengelakkan

masalah kelewatan penguatkuasaan terma perjanjian tersebut. Antaranya,

Kementerian perlu membuat persediaan spesifikasi ICT bagi pembangunan sistem

KKM telah berusaha untuk mempercepatkan penyediaan terma

perjanjian ‘approved price product list’ (APPL) bagi mengelakkan

masalah berbangkit daripada kelewatan penguatkuasaan terma

perjanjian tersebut. Sungguhpun begitu, KKM memerlukan masa

yang agak panjang untuk menyemak semula secara terperinci

bagi setiap item dalam APPL tersebut, termasuk terma-terma

perjanjian. Beberapa siri bengkel dan perbincangan, serta kajian

pasaran telah diadakan dalam tempoh tersebut. Beberapa

mesyuarat bersama pengguna-pengguna juga telah diadakan

298

298

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!