02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

KEMENTERIAN LUAR NEGERI (KLN)

Perenggan 5 : Pengurusan Kewangan Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

5.5.1.1

Kawalan Pengurusan

Pengauditan terhadap aspek kawalan pengurusan adalah untuk menentukan sama

ada struktur pengurusan kewangan yang berkesan telah diwujudkan yang

antaranya meliputi penyediaan Manual Prosedur Kerja (MPK), Fail Meja, fungsi

Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), penurunan kuasa,

tindakan susulan terhadap teguran audit yang dibangkitkan dan pemeriksaan

mengejut. Semakan Audit mendapati secara umumnya tahap pematuhan terhadap

kawalan pengurusan bagi semua pejabat perwakilan yang dilawati adalah baik.

Bagaimanapun, urusan penyediaan Fail Meja perlu diberikan perhatian bagi

memantapkan lagi kawalan pengurusan di pejabat perwakilan berkenaan.

Isu telah diselesaikan.

5.5.1.2

Bagi kelemahan kawalan pengurusan yang dibangkitkan oleh pihak Audit, kesemua

pejabat perwakilan yang dilawati telah mengambil tindakan penambahbaikan

seperti yang disyorkan.

5.5.2.1 Kawalan Terimaan

Semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek kawalan iaitu penyelenggaraan

Daftar Borang Hasil Yang Dikawal (Kew. 67), Buku Tunai, Daftar Mel, Borang Hasil

dan kemasukan pungutan ke bank. Berdasarkan semakan yang dijalankan, pihak

Audit mendapati kecuali Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait; Kedutaan Besar

Malaysia di Bangkok, Thailand dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City,

Filipina yang mencapai tahap kurang memuaskan, kawalan terimaan bagi 11

pejabat perwakilan yang lain adalah memuaskan. Namun begitu, pihak Audit

mendapati masih terdapat kelemahan dalam kawalan terimaan yang perlu diatasi

segera seperti Daftar Borang Hasil Yang Dikawal (Kew. 67), borang hasil dan Buku

Tunai tidak diselenggarakan dengan teratur dan lengkap serta kutipan lewat

dimasukkan ke dalam bank.

Isu telah diselesaikan.

Maklum Balas Kementerian Luar Negeri Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Semua pejabat perwakilan yang terlibat telah mengambil tindakan penambahbaikan

terhadap kelemahan kawalan terimaan yang dibangkitkan.

18

18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!