02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

36.5.4.2.a

Pemantauan Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak - Peringkat Bahagian

BPPA ada membuat pemantauan bagi menilai prestasi kontraktor melalui Laporan

Suku Tahun yang disediakannya berdasarkan Laporan Bulanan Prestasi Kontraktor

yang dikemukakan oleh pihak sekolah melalui JPN. Bagaimanapun, tidak semua

Laporan Bulanan Prestasi Kontraktor disediakan oleh pihak sekolah kerana JPN

tidak memantau sepenuhnya penghantaran dokumen berkenaan. Pihak Audit

mendapati sebahagian sekolah telah mengemukakan laporan tersebut kepada

Bahagian yang berkenaan di Kementerian dan bukannya kepada JPN seperti yang

ditetapkan. Selanjutnya, pihak Audit difahamkan tiada pegawai khusus di peringkat

JPN yang bertanggungjawab untuk meneliti laporan prestasi kontraktor yang

dikemukakan oleh pihak sekolah dan seterusnya memantau perkhidmatan

kontraktor. Manakala Laporan Bulanan Prestasi Kontraktor yang diterima oleh

Bahagian tidak lengkap dan tidak kemas kini serta tidak dapat dirujuk dengan

berkesan bagi tujuan pemantauan prestasi kontraktor.

Deraf akhir Garis Panduan Penarafan Bintang bagi tujuan

menilai prestasi kontraktor telah disediakan dan dipanjangkan

kepada semua JPN pada 5 Julai 2012 untuk mendapatkan

ulasan sebelum dimuktamadkan. Garis panduan ini akan

diangkat untuk kelulusan YBhg Dato’ Dr. KSU pada Ogos 2012

untuk edaran dan pelaksanaan.

Untuk makluman, tujuan garis panduan tersebut dibuat adalah

antara lain menyelaras instrumen pemantauan dan pemberian

markah prestasi yang standard kepada semua kontraktor serta

memantau kawalan/selian pihak sekolah terhadap mutu

perkhidmatan kontraktor.

36.5.4.2.b

BPSBPSK telah mengadakan mesyuarat seperti Mesyuarat Pengurusan Kontrak

BMB mengikut zon yang dihadiri oleh kontraktor BMB dan pengurusan sekolah;

Mesyuarat Penyelia Asrama bagi Sekolah Berasrama Penuh serta membuat

lawatan/pemeriksaan ke sekolah apabila mendapat aduan seperti keracunan

makanan. BPSBPSK juga ada mengeluarkan panduannya sendiri berkenaan

pengurusan pemakanan asrama untuk dilaksanakan oleh Sekolah Berasrama

Penuh. BPTV pula didapati telah menghantar pegawainya untuk membuat

pemantauan ke sekolah apabila berlaku keracunan makanan di sekolah.

Bagaimanapun, BPI tidak ada menjalankan lawatan pemantauan terhadap aktiviti

bekalan makanan bermasak di sekolah SABK.

Mengikut maklum balas BPPA, pihaknya akan memantapkan lagi perancangan

pemantauan yang sedia ada dengan mengambil kira kerjasama Bahagian/JPN.

Manakala BPI mengakui tiada pemantauan dilaksanakan disebabkan kekangan

masa/pegawai serta instrumen/ kaedah pemantauan yang tidak mantap. Mulai

tahun 2012, pihaknya akan bekerjasama dengan BPPA dan JPN untuk

melaksanakan pemantauan. Kelemahan dalam pelaksanaan kawal

selia/pemantauan terhadap kualiti perkhidmatan pihak kontraktor juga akan

ditambah baik dari semasa ke semasa dengan kerjasama Bahagian dan JPN.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap pengurusan perkhidmatan bekalan

makanan bermasak adalah kurang memuaskan kerana masih banyak kelemahan

dan ketidakpatuhan kepada syarat kontrak. Kementerian perlu memberi penekanan

terhadap kepentingan pemantauan dan memperkemaskannya lagi untuk

memastikan perkhidmatan BMB oleh Kontraktor dilaksanakan mengikut syarat

kontrak.

296

296

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!