02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

36.5.3.1.e

Didapati juga hampir kesemua kontraktor ada menggunakan bahan perasa

makanan yang tidak digalakkan dalam penyediaan makanan dan minuman di

sekolah.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihaknya mengambil perhatian serius dan

tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan segera. Mengikut maklum balas

Kementerian lagi, menggunakan minyak masak yang diisi di dalam botol minyak

terpakai merupakan satu tindakan penipuan oleh pihak kontraktor yang dikesan

semasa pengauditan dijalankan. Pihak kontraktor telah diberikan peringatan tegas

bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi. Pihak sekolah telah membuat

teguran kepada pihak kontraktor berkenaan kawalan penggunaan bahan serta

perasa makanan yang tidak digalakkan di dalam penyediaan makanan dan

minuman di sekolah.

36.5.3.1.f i. Kontraktor di sekolah yang dilawati menyajikan kuih muih yang diperolehi dari

pembekal luar bagi minum petang kecuali kontraktor di Sekolah Tun Fatimah

yang menggunakan kuih sejuk beku (tiada tarikh luput) dan SM Sains Sabah

yang disediakan sendiri oleh tukang masak. Bagaimanapun, Pengetua tidak

mendapatkan nama pembekal dan melaporkan kepada Pejabat Kesihatan bagi

tujuan pemantauan seperti yang disyaratkan.

ii.

SMA Islamiah Tawau tidak mempunyai dapur untuk kontraktor menyedia dan

memasak hidangan. Oleh itu, kontraktor terpaksa memasak makanan di kantin

SM Teknik Tawau yang jaraknya beberapa kilometer dari sekolah SMA

Islamiah. Kontraktor juga terpaksa menyediakan hidangan makanan untuk SMA

Islamiah lebih awal iaitu lebih kurang 4 jam sebelum masa menghidangkan

yang ditetapkan. Contohnya, makanan untuk minum petang disediakan

bersekali dengan hidangan tengah hari manakala makanan untuk minum

malam disediakan bersekali dengan hidangan makan malam. Bagaimanapun,

amalan ini dibuat tanpa kebenaran daripada Pengetua sekolah tersebut.

Semakan Audit juga mendapati di SM Sains Selangor, hidangan makanan

waktu rehat disediakan setengah jam awal dan tidak bertutup. Selain itu, pihak

Audit mendapati kontraktor di SMA Islamiah dan SM Teknik Lahad Datu tidak

membersihkan peralatan yang diguna oleh murid. Sehubungan itu, murid

terpaksa membasuh peralatan makan mereka sendiri.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihak sekolah berkenaan telah mengambil

tindakan dengan mendapatkan maklumat pengeluar pembekal berkenaan dan

memantau selia kualiti penyediaan/sajian makanan berkenaan bagi memastikan

kualiti/mutu sajian adalah terjamin. Di SMA Islamiah Tawau, pihak sekolah akan

memastikan kualiti serta mutu sajian hidangan adalah terjamin dan akan dikawal

selia secara berterusan. Di SM Sains Selangor, Kuala Lumpur, pihak sekolah telah

mengambil tindakan dengan memantau selia kualiti penyediaan/sajian makanan

292

292

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!