02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

mengambil maklum perkara ini dan langkah penambahbaikan akan segera dirangka

bagi memastikan teguran Audit tidak berulang lagi.

Pada pendapat Audit, kawalan dokumen profil syarikat di BPPA dan JPN adalah

kurang memuaskan dan boleh menimbulkan risiko kepada penyalahgunaan dan

kehilangan dokumen tersebut. Kementerian perlu meningkatkan aspek kawalan dan

keselamatan dokumen tender dan profil syarikat supaya ianya selamat, terkawal

dan mudah dikesan.

36.5.2.a

36.5.2.b

36.5.3.1.a

Integriti Proses merekodkan Maklumat Petender Dan penyimpanan Dokumen

Integriti proses kemasukan dan penyimpanan data serta penyediaan Laporan

Kertas Makluman Lembaga Perolehan bagi perkhidmatan BMB adalah diragui. Ini

kerana komputer riba/komputer yang menyimpan data tender boleh diakses oleh

semua pegawai yang terlibat di peringkat BPPA di mana kawalan melalui

penggunaan kata laluan tidak diwujudkan. Keadaan ini menyebabkan maklumat

tender boleh diubah oleh pegawai yang tidak berkenaan tanpa kebenaran.

Syarikat yang menyertai tender/sebut harga bagi BMB dikehendaki antara lain

mengemukakan penyata bank bagi 3 bulan terakhir dan profil syarikat. Maklumat ini

digunakan oleh Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Teknikal untuk menilai

kemampuan syarikat khususnya berkenaan kekukuhan kewangan syarikat.

Semakan Audit di SSM bagi mengesahkan keupayaan 16 syarikat Sdn. Bhd.

mendapati 4 syarikat menunjukkan kedudukan kewangan yang tidak kukuh seperti

mengalami kerugian dan 6 syarikat tidak mengisytiharkan maklumat kewangan

tahunan syarikat. Namun kesemua syarikat ini telah ditawarkan tender

perkhidmatan BMB.

Syarat Kontrak Tidak Dipatuhi - Spesifikasi Bahan Makanan Tidak Dipatuhi

Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh Pihak Berkuasa

manakala ikan hendaklah berada dalam keadaan segar. Semasa lawatan Audit,

didapati kontraktor yang melaksanakan perkhidmatan BMB di 10 sekolah telah

menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang diimport dan ikan sejuk

beku yang tidak segar untuk hidangan kepada murid sama ada untuk hidangan

pada hari sebelumnya; pada hari lawatan Audit atau hari selepasnya. Mengikut

kontraktor, mereka menggunakan daging kerbau dan ikan yang sejuk beku yang

tidak segar kerana kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kuantiti

yang banyak untuk hidangan kepada murid. Di samping itu, didapati Penyelia

Asrama mengambil ringan ketidakpatuhan kontraktor membekalkan bahan mentah

yang tidak mematuhi spesifikasi.

289

289

Deraf penambahbahbaikan dalam urusan pemprosesan tender

(pre-tender/tender/post-tender) sedang dirangka dan dijangka

siap pada bulan Oktober 2012 untuk dibentangkan di peringkat

Pengurusan Perolehan Kementerian. Antara penambahbaikan

tersebut adalah seperti berikut:-

a. Mewujudkan kata laluan yang hanya boleh diakses secara

terperingkat

b. Penyimpanan maklumat /data yang lebih kondusif (cd/

pendrive disimpan dalam peti simpanan berkunci)

Instrumen (mengemukakan penyata bank bagi tiga (3) bulan

terakhir dan profail syarikat) digunakan sebagai salah satu

mekanisme penilaian mengukur tahap kekukuhan kewangan/

kemampuan pihak syarikat secara umum. Walau bagaimanapun,

adalah didapati mekanisme ini adalah yang paling bersesuaian

dan boleh diguna pakai bagi tujuan tender perkhidmatan

membekal makanan bermasak.

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Siasatan di peringkat KPM telah

diluluskan oleh YBhg. Dato’ Dr. KSU, KPM pada

10 Februari 2012. Siasatan berhubung kes ini dijangka akan

bermula pada Oktober 2012.

KPM akan meneliti ketidakpatuhan kontraktor berkenaan untuk

tindakan amaran/peringatan dan denda mengikut tahap

keseriusan kes bagi memastikan perkara sama tidak berulang

lagi.

Sebagai langkah interim, arahan terhadap penambahbaikan/

pematuhan kontrak telah dikeluarkan pada 21 Mei 2012 oleh

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!