02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

kontrak dan dalam tempoh tersebut syarikat gagal mengemukakan Bon

Pelaksanaan. Selanjutnya, pihak Audit mendapati 10 syarikat telah lewat

mengemukakan Bon Pelaksanaan bernilai RM0.85 juta bagi 10 kontrak bernilai

RM36.78 juta kepada BPPA/JPN. Kelewatan adalah antara 22 hingga 806 hari.

Bagaimanapun, tiada tindakan diambil untuk memilih petender lain walaupun

kontraktor gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang munasabah.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihaknya mengambil maklum akan kesulitan

pihak kontraktor untuk menyediakan Bon Pelaksanaan dalam tempoh yang

ditetapkan. BPPA ada mengeluarkan surat peringatan kepada kontraktor yang

gagal mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam tempoh tersebut. Mesyuarat

Jawatankuasa Bon Pelaksanaan juga diadakan 6 kali setahun yang dipengerusikan

oleh Setiausaha Bahagian/Timbalan Setiausaha (Dasar), BPPA bertujuan antara

lain membincangkan serta memutuskan isu-isu/kes berbangkit berhubung Bon

Pelaksanaan bagi kontrak-kontrak di bawah BPPA.

praktikal. Sehubungan dengan itu, KPM juga telah

mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh penyerahan

Bon Pelaksanaan kepada Kementerian Kewangan melalui surat

bertarikh 8 Mei 2012 untuk pertimbangan dan masih menunggu

kelulusan. Surat susulan akan dikemukakan pada 8 Ogos 2012.

Sehingga 7 Ogos 2012, pihak Kementerian kewangan telah

memaklumkan secara verbal bahawa permohonan KPM

berkenaan pelanjutan tempoh penyerahan Bon Pelaksanaan

kini dalam pertimbangan khas.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu bertegas terhadap kontraktor yang gagal

menyerahkan Bon Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan

membatalkan tawaran tersebut.

36.5.1.2.d

Penyimpanan Dokumen Tender Tidak Teratur

Lawatan Audit ke stor BPPA mendapati penyimpanan dokumen tender dan profil

syarikat yang berjaya tidak disusun dengan kemas dan teratur. Manakala lawatan

Audit ke 5 stor JPN mendapati dokumen tender bagi profil syarikat yang tidak

berjaya tidak disimpan dengan teratur, kemas dan selamat. Contohnya di JPN

Selangor, adalah didapati bumbung stor (kabin) bocor menyebabkan kebanyakan

dokumen rosak dan basah terkena air. Di JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

dokumen profil syarikat yang tidak berjaya disimpan di bilik darjah SK (L) Methodist

Sentul, Kuala Lumpur manakala di JPN Terengganu, dokumen profil syarikat

disimpan di stor SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu kerana stor JPN yang sedia

ada tidak dapat menampung penempatan dokumen berkenaan. Selain itu, kawalan

keselamatan di 5 stor tersebut kurang memuaskan kerana dokumen profil petender

bercampur dengan dokumen lain dan kakitangan dari bahagian lain juga bebas

memasuki stor tersebut. Pihak Audit difahamkan selain kekangan ruangan stor,

BPPA dan JPN juga tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk

mengadakan rak dan stor yang sesuai bagi menempatkan dokumen ini secara

tersusun dan kemas.

Mengikut maklum balas Kementerian, kekangan ruang penyimpanan/stor yang lebih

efisien menyebabkan dokumen tender dan profil syarikat yang tidak berjaya

terpaksa diletakkan di sekolah yang berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak JPN

kini sedang giat merangka pelan tindakan bagi mengatasi masalah ini. Kementerian

Dokumen petender tidak berjaya diklasifikasikan sebagai sumber

bukan rujukan. KPM tidak mempunyai peruntukan yang

mencukupi bagi tujuan penyelengaraan dokumen tersebut.

Tambahan lagi, permohonan kelulusan pelupusan kepada Arkib

Negara juga tidak diluluskan menyukarkan KPM dalam urusan

penyimpanan dokumen yang dianggarkan berjumlah ≥10,000

setahun.

Walau bagaimanapun, dokumen kontrak dalam simpanan

BPPA/JPN telah disusun kemas semula. Permohonan bagi

mendapatkan stor tambahan di peringkat JPN/pelupusan

dokumen rosak juga telah dibuat untuk pertimbangan dan masih

menunggu kelulusan Unit Pentadbiran JPN masing-masing

tertakluk kepada penuntukan yang mencukupi. Keputusan

permohonan dijangka akan diterima selewat-lewatnya pada

bulan Oktober 2012.

Untuk tempoh jangka panjang, KPM dijangka akan mewujudkan

Sistem Penstoran yang yang lebih efisien dan boleh

diaplikasikan sepenuhnya pada tahun 2013 berdasarkan

keputusan kajian keberkesanan pengurusan stor.

288

288

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!