02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

2.4.6.1 Peminjam Mempunyai Lebih Daripada Satu Akaun Pinjaman

Deposit

Daripada jumlah RM189.13 juta, baki item penyesuaian lama

berlarutan sehingga 20 Julai 2012 berjumlah RM69.67 juta.

Tindakan berterusan hendaklah diambil oleh kementerian/

jabatan bagi menyelesaikan baki perbezaan ini.

Semakan Audit selanjutnya mendapati 170 peminjam memiliki lebih daripada satu

akaun pinjaman kenderaan manakala 280 peminjam memiliki 2 akaun pinjaman

komputer.

Maklum Balas Jabatan Akauntan Negara Malaysia Yang Diterima Pada 22 Mei

2012

Peminjam mempunyai lebih dari satu akaun pinjaman antaranya disebabkan baki di

sistem tidak dikemas kini sebagai sifar apabila pinjaman pertama telah diselesaikan

serta kes pindah masuk penjawat awam dari Kerajaan Negeri ke Persekutuan atau

sebaliknya.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia perlu mengambil tindakan segera untuk

mengemas kini maklumat pinjaman bagi memastikan akaun subsidiari memberi

gambaran sebenar bilangan pinjaman yang belum selesai.

Bagi pinjaman kenderaan, kes peminjam yang mempunyai 3

akaun, 4 akaun dan 7 akaun telah diselesaikan. Manakala bagi

kes 2 akaun akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28

September 2012.

Manakala bagi pinjaman komputer, sehingga 15 Julai 2012

sebanyak 144 kes darpada 280 kes peminjam yang mempunyai

lebih daripada satu akaun telah selesai dan hanya tinggal 136

kes yang sedang diambil tindakan.

Kes yang terlibat memerlukan semakan dan penelitian bagi

mengesahkan kedudukan akaun terlibat untuk memastikan tidak

berlaku apa-apa di luar aturan dan akaun dikemaskinikan

dengan tepat. Proses ini adalah rumit dan mengambil masa

kerana melibatkan peminjam bertukar pejabat beberapa kali dan

perlu dikesan di jabatan yang terlibat. Selain daripada itu, ia

juga melibatkan akaun pinjaman yang lama.

2.4.6.2 Akaun Pinjaman Berbaki Kredit

Semakan Audit juga mendapati 11,141 akaun pinjaman kenderaan berbaki kredit

dengan jumlah RM18.99 juta dan 5,981 akaun pembiayaan komputer berbaki kredit

berjumlah RM7.53 juta.

Maklum Balas Jabatan Akauntan Negara Malaysia Yang Diterima Pada 22 Mei

2012

Akaun pinjaman berbaki kredit berlaku semasa proses pemindahan data ke

Government Financial and Management Accounting System (GFMAS). Semakan

dan pengemaskinian sedang dijalankan bagi mengesahkan baki sebenar akaun

pinjaman tersebut.

Akaun pinjaman berbaki kredit memberi gambaran bahawa Kerajaan berhutang

dengan peminjam. Jabatan Akauntan Negara Malaysia perlu mengambil tindakan

segera untuk mengemas kini akaun peminjam dan membuat bayaran balik

sekiranya didapati peminjam telah membuat bayaran melebihi daripada jumlah

sepatutnya.

JANM mensasarkan sebahagian besar kes pinjaman kenderaan

akan diselesaikan selewatnya pada Disember 2012.

Manakala bagi pinjaman komputer, sehingga 15 Julai 2012

sebanyak 2,743 kes daripada 5,981 peminjam yang berbaki

kredit telah selesai dan hanya tinggal 3,238 kes yang akan

diambil tindakan.

Kes yang terlibat memerlukan semakan dan penelitian bagi

mengesahkan kedudukan sebenar akaun dan bayaran balik

hanya dibuat setelah akaun disahkan betul berbaki kredit.

Proses ini adalah rumit dan mengambil masa kerana melibatkan

peminjam bertukar pejabat beberapa kali dan perlu dikesan di

jabatan yang terlibat. Selain daripada itu, ia juga melibatkan

akaun pinjaman yang lama.

17

17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!