02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Perenggan 36 : Pengurusan Bekalan Makanan Bermasak Di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional Dan Sekolah Agama

Bantuan Kerajaan

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

36.5.1.2.a.i

Kontrak Tidak Ditandatangani

36.5.1.2.a.ii

Adalah didapati kontrak perkhidmatan BMB telah ditandatangani antara pihak

Kementerian dengan pembekal kecuali kontrak perkhidmatan BMB di 2 sekolah

iaitu SM Agama (Arab) An-Nur, Pontian, Johor dan SAMT Tengku Ampuan Jemaah,

Shah Alam, Selangor. Bagi SM Agama (Arab) An-Nur, Pontian, Johor, Kementerian

telah menawarkan perkhidmatan BMB kepada Jansal Enterprise melalui tender

terbuka bernilai RM2.14 juta bagi tempoh 1 Jun 2011 hingga 31 Mei 2013. Surat

Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan kepada syarikat pada 19 Mei 2011.

Bagaimanapun, perkhidmatan BMB di sekolah tersebut tidak dapat dilaksanakan

kerana Pengetua sekolah tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian

memberikan tender kepada syarikat lain. Sebaliknya mengikut Pengetua sekolah,

perkhidmatan BMB ke sekolah ini telah dijalankan oleh Hajah Zainab Enterprise.

Mengikut maklum balas, Kementerian telah mengadakan perjumpaan dengan

pihak-pihak yang terlibat pada awal tahun 2012 dan dalam proses menyediakan

nota makluman lengkap kepada pihak pengurusan.

Bagi SAMT Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, Kementerian telah

menawarkan perkhidmatan BMB kepada Pemborong Akal Sdn. Bhd. pada tahun

2009 melalui tender terbuka. Semakan Audit di BPPA, BPI, JPN Selangor dan

SAMT Tengku Ampuan Jemaah mendapati syarikat ini tidak mengemukakan Bon

Pelaksanaan dan tiada perjanjian kontrak yang diikat oleh Kerajaan dengan pihak

kontraktor bagi perkhidmatan BMB yang dilaksanakan. Berdasarkan surat menyurat

daripada BPPA, tempoh bekalan adalah untuk 2 tahun bermula dari 1 Januari 2008

hingga 31 Disember 2009. JPN Selangor memaklumkan bahawa antara sebab

kontrak tidak ditandatangani ialah pihaknya menunggu Bon Pelaksanaan yang akan

dikemukakan oleh kontraktor, namun sehingga tamat tempoh tawaran, kontraktor

285

285

SAM (Arab) An-Nur

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Siasatan di peringkat KPM telah

diluluskan oleh YBhg. Dato’ Dr. KSU, KPM pada

10 Februari 2012. Siasatan berhubung kes ini dijangka akan

bermula pada Oktober 2012.

Kes ini kini dalam pemerhatian dan tindakan susulan SPRM di

mana keterangan kes telah diambil pada 26 Julai 2012 di BPPA

untuk siasatan lanjut. KPM masih menunggu maklum balas

lanjut berhubung kes ini.

Pihak SPRM telah mengeluarkan arahan sekatan bayaran

tuntutan oleh kontraktor yang bukan dilantik oleh pihak Kerajaan

bagi tuntutan bulan Julai 2012. Sehubungan itu, pihak sekolah

telah mengemukakan permohonan pelepasan sekatan bayaran

tersebut ke BPPA, walau bagaimanapun permohonan tidak

dapat dipertimbangkan.

SAMT Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, Selangor

SAMT Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam merupakan

antara Sekolah Agama Rakyat (SAR) terawal yang menyertai

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang demikian,

memandangkan ianya merupakan sekolah baru, maka

kesedaran berkenaan polisi dan peraturan perolehan/kewangan

berkuatkuasa adalah lemah. Kes ini telah diangkat untuk

mendapatkan pandangan PUU, KPM dan masih menunggu

keputusan yang dijangka akan diterima dalam bulan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!