02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada pendapat Audit, Kementerian dan sekolah perlu mengkaji semula lokasi

penyimpanan peralatan MPAV yang sesuai serta memastikan supaya peralatan

MPAV sentiasa ditempatkan dalam keadaan baik dan selamat.

Menurut maklum balas Kementerian, tindakan telah diambil selepas teguran Audit

dan semua peralatan telah disusun dengan teratur di dalam stor serta di tempat

yang sesuai. Satu Garis Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baru Kategori Stor Di

Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikeluarkan dan diedarkan pada 27 Februari

2012.

35.5.5.1 Pemantauan Terhadap Perolehan Peralatan

Di peringkat Kementerian, Sektor Aset Dan Fasiliti, BPTV dan Unit Perolehan

Peralatan Am, BPPA adalah bertanggungjawab untuk memantau perolehan

peralatan MPAV. Pemantauan dibuat antaranya melalui Mesyuarat Jawatankuasa

Tindakan Pembangunan RMKe-9, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan

Pembangunan Kemudahan Fizikal Dan Aset BPTV dan Mesyuarat Jawatankuasa

Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Selain itu, pemantauan juga dilakukan melalui

mesyuarat dengan pembekal selain mengadakan pemeriksaan fizikal dari semasa

ke semasa. Pada umumnya, pemantauan yang dilaksanakan di peringkat

Kementerian adalah teratur. Bagaimanapun, pemantauan yang dilaksanakan

secara fizikal tidak disokong dengan laporan mengenainya.

Pemantauan telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah

seperti berikut :-

i. SMV Matang pada 13 hingga 14 Oktober 2011.

ii. SMV Dato’ Lela Maharaja Rembau pada 27 September 2010.

Laporan lengkap telah disediakan dan Task Force yang

ditubuhkan akan melaksanakan pemantauan khusus untuk

perolehan peralatan MPAV bermula pada 17 September 2012.

35.5.5.2 Di peringkat negeri, pemantauan dilaksanakan oleh Pejabat Pengurusan Aset

(PPA) dan pihak pengurusan sekolah. Pemantauan PPA dibuat melalui lawatan ke

sekolah dari semasa ke semasa oleh pegawainya dan kadang-kala disertai oleh

pegawai BPTV. Pihak pengurusan sekolah pula menjalankan pemantauan melalui

pengesahan terhadap penerimaan, penempatan dan penggunaan peralatan. Pada

umumnya, pemantauan yang dilaksanakan di peringkat negeri adalah teratur.

Bagaimanapun, pemantauan yang dilaksanakan secara fizikal tidak disokong

dengan laporan mengenainya.

Pada pendapat Audit, mekanisme pemantauan sedia ada perlu dipertingkatkan

terhadap penerimaan, penggunaan dan penyimpanan peralatan MPAV.

Pemantauan secara berjadual perlu dilakukan di peringkat BPTV/BPPA/PPA dan

hasil pemantauan hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan Kementerian

supaya kelemahan berbangkit dapat diambil tindakan segera.

Menurut maklum balas Kementerian, laporan lawatan pemantauan pembekalan

peralatan MPAV ke SM Teknik Langkawi bagi Kursus Pelancongan dan Kursus

Sains Pertanian pada 9 Mac 2011 telah disediakan.

284

284

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!