02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pada pendapat Audit, aspek latihan terhadap penggunaan, penyenggaraan dan

pembaikan peralatan MPAV amat penting bagi menjamin guru berkebolehan

menggunakan peralatan dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kementerian sepatutnya memastikan semua pembekal mematuhi

syarat kontrak dengan mengadakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian.

dikendalikan, ia tidak melibatkan tempoh yang panjang.

Syarikat Tranz-I Technology Sdn. Bhd. telah memberi

persetujuan untuk melaksanakan latihan melalui surat bertarikh

25 Mei 2012. Latihan akan dilaksanakan bermula pada

27 Ogos 2012 hingga 14 September 2012.

Menurut maklum balas Kementerian, pihaknya telah mengambil tindakan meminta

pembekal menjalankan sesi latihan yang belum dilaksanakan dan mengemukakan

Jadual Pelaksanaan Latihan sebelum 15 Mei 2012. Tindakan menyenaraihitamkan

akan dilaksanakan jika pembekal gagal memberi latihan mengikut syarat kontrak.

35.5.3.3 Peralatan Rosak Tidak Dibaiki

Semakan Audit mendapati 10 unit peralatan MPAV antaranya seperti Microscope

Storage Cupboard; Electrical Circuit Wiring; Anti-Lock Braking System dan Air

Compressor bernilai RM78,609 telah rosak di 6 sekolah. Peralatan tersebut

mengalami kerosakan sama ada sejak ianya dibeli atau semasa ia digunakan.

Berdasarkan penjelasan pegawai di sekolah yang dilawati, mereka tidak

dimaklumkan tentang tempoh waranti tersebut serta prosedur yang perlu diambil

bagi memohon pembaikan/penggantian peralatan tersebut.

Pada pendapat Audit, kerosakan peralatan MPAV dalam tempoh waranti adalah di

bawah tanggungjawab pembekal sebagaimana syarat kontrak. Pihak sekolah juga

hendaklah dimaklumkan tentang tempoh waranti yang telah ditetapkan serta

tindakan susulan yang wajar diambil terhadap sebarang kerosakan peralatan

MPAV.

Menurut maklum balas Kementerian, peringatan akan dibuat kepada pihak sekolah

supaya laporan dan aduan dihantar ke Kementerian jika terdapat pembekal yang

gagal melaksanakan pembaikan atau menggantikan peralatan yang rosak.

Hasil siasatan status terkini peralatan yang dibekalkan didapati

seperti berikut :-

i. SMV (P) Chenor – telah dibaiki dan digunakan.

ii. SMV Kangar – telah dibaiki dan digunakan.

iii. SMV Segamat - telah dibaiki oleh syarikat.

iv.SMV Kuala Lipis – keadaan baik dan telah digunakan

selepas penerimaan tetapi rosak apabila kerap digunakan.

v. SMV Langkawi – belum ada tindakan dari pihak sekolah

vi.SMV Temerloh – telah dibaiki dan digunakan.

vii. SMV Beaufort – peralatan yang rosak telah diganti semula.

Surat peringatan telah dihantar ke sekolah melalui surat KPM

kepada sekolah melalui surat bertarikh 4 Mei 2012.

Surat peringatan kepada SMV Langkawi telah dihantar pada

8 Ogos 2012 merujuk surat KP.BPTV.600.6/3/2 Jil.13 (19)

kerana tiada tindakan untuk menguji semula peralatan.

35.5.4 Penyimpanan Peralatan MPAV

Lawatan Audit ke SMT/SMV mendapati peralatan MPAV tidak disimpan dengan

teratur di 3 SMT/SMV, di mana ia ditempatkan secara terbuka dan boleh diakses

dengan mudah; terdedah kepada kotoran/cuaca/kelembapan dan tanpa kawalan

keselamatan yang rapi. Peralatan tersebut juga tidak tersusun dengan teratur serta

didapati berselerak di dalam stor. Pihak Audit dimaklumkan antara sebab kepada

masalah tersebut adalah kerana ruang penyimpanan yang tidak mencukupi dan

tidak dapat menampung kesemua peralatan yang sedia ada dan yang baru

dibekalkan serta faktor pengurusan stor yang lemah.

SMV Beaufort dan SMV Langkawi telah mendapat pensijilan 5S

dari Malaysian Productivity Coporation (MPC) pada 9 Julai 2012.

Penilaian MPC melibatkan pengurusan dan penstoran yang

terdapat di sekolah. SMV (Pertanian) Chenor sedang dalam

persiapan untuk dinilai oleh MPC bagi mendapatkan pensijilan.

Masalah penyimpanan peralatan selesai dengan pensijilan 5S.

283

283

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!