02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kurang sesuai dengan keperluan kursus dan peralatan belum diuji lari.

Pada pendapat Audit, pihak Kementerian perlu membuat pemeriksaan susulan

terhadap tahap penggunaan peralatan MPAV di SMT/SMV yang lain dan tindakan

penyelesaian terhadap masalah tersebut perlu dibuat segera. Sebagai contoh, bagi

peralatan MPAV yang tiada keperluan untuk digunakan, pihak Kementerian

hendaklah mengagihkannya kepada sekolah lain yang memerlukannya.

Menurut maklum balas Kementerian, pihaknya mengambil maklum dan akan

membuat tindakan pemantauan penggunaan peralatan di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran secara berterusan. Sekiranya terdapat kes lebihan peralatan di

mana-mana SMT/SMV, ianya akan diagihkan kepada sekolah yang memerlukan.

i. SMT Likas

ii. SMV Kudat

iii. SMV Sandakan

iv. SMV Tawau

v. SMV Labuan

vi. SMV Keningau

vii. SMV Lahad Datu

Bagi memindahkan peralatan tersebut, waran sewaan

pengangkutan telah diagihkan ke sekolah pada 30 Julai 2012.

Peralatan di SMV Pertanian Chenor tidak dapat digunakan

kerana kekurangan ruang untuk menjalankan amali. SMV

Pertanian Chenor terlibat dengan Projek Bangunan Tambahan

Bengkel-Bengkel Pertanian yang akan disiapkan pada

27 November 2013.

Bagi sekolah-sekolah lain peringatan telah dibuat dalam

Mesyuarat Pengetua seperti berikut :

i. Pengetua Zon Utara, Tengah, Selatan pada

4 hingga 6 Julai 2012 di Melaka.

ii. Pengetua Zon Timur pada 23 hingga 25 Julai 2012

di Kota Bharu.

iii. Pengetua Zon Sabah dan Srawak akan

dilaksanakan pada 28 hingga 30 Ogos 2012 di

Tawau.

Mesyuarat tersebut adalah berkaitan prosedur Perolehan dan

Pengurusan Aset di sekolah.

Surat peringatan juga telah dihantar ke sekolah merujuk surat

BPTV kepada sekolah mengikut surat KP.BPTV.600.6/3/2 Jil.12

(28) bertarikh 4 Mei 2012.

Task Force di peringkat KPM telah ditubuhkan dalam Mesyuarat

BPTV Bil. 5/2012 pada 26 Mei 2012 untuk memantau ke

sekolah-sekolah bagi memastikan peralatan-peralatan telah

digunakan dan diuruskan dengan baik.

35.5.3.2 Latihan Penggunaan

Semakan Audit mendapati hanya Vibrantara Sdn. Bhd. ada memberikan latihan

kepada guru dan pihak pengurusan sekolah, manakala tiada maklumat

menunjukkan bahawa pembekal lain telah mengadakan sesi latihan yang

diperlukan sebagaimana ketetapan kontrak.

282

282

Syarikat Maslina Sdn. Bhd telah memaklumkan melalui surat

bertarikh 23 Mei 2012 bahawa latihan telah diberikan selepas

proses ujilari terhadap peralatan selesai dilaksanakan. Latihan

diberikan untuk menunjuk cara bagaimana peralatan tersebut

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!