02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

35.5.2.3.b

35.5.2.3.d

yang dilawati mendapati tuntutan tersebut adalah meragukan. Ini kerana terdapat

perbezaan maklumat antara SAP dan SPP pada dokumen sokongan baucar

bayaran tersebut dengan salinan SAP dan SPP yang disimpan di sekolah

berkenaan. Antara perbezaan tersebut adalah berkenaan dengan tarikh terima;

tarikh uji lari; nama/tandatangan pegawai penyemak dan pengesah; cop pegawai

dan cop sekolah.

Semakan selanjutnya terhadap 2 baucar bayaran yang sama di atas dengan

salinan SAP dan SPP yang disimpan oleh sekolah lain yang tidak dilawati

mendapati berlaku juga kes perbezaan maklumat bagi tuntutan perolehan peralatan

MPAV berjumlah RM1.78 juta oleh syarikat tersebut di 29 sekolah yang lain.

Semak uji secara rawak terhadap 40 SAP di 20 sekolah yang dilawati mendapati

ruangan tarikh dan tandatangan pada salinan SAP yang disimpan oleh sekolah

berkenaan tidak dilengkapkan oleh pegawai penerima (Ketua Bengkel/Guru

Bengkel) dan pegawai pengesah (Pengetua/Penolong Kanan).

Menurut maklum balas Kementerian, pembayaran telah dilakukan berdasarkan

dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan oleh pihak sekolah. Dalam kes ini,

pihak Kementerian berpandangan pembekal berkenaan telah memperdayakan

pihak Kerajaan dengan membuat tuntutan palsu bagi mengelak dikenakan amaun

denda yang tinggi kerana lewat menyempurnakan penghantaran dan membuat

pengujian terhadap peralatan yang dibekalkan. Pihak Kementerian akan membuat

semakan tarikh sebenar penghantaran dan akan membuat pengiraan jumlah LAD

yang sepatutnya dikenakan atas kelewatan tersebut. Sebagai permulaan, pengiraan

yang dibuat ke atas 3 buah sekolah iaitu SMV Keningau, SMV Matang dan SMV

Kluang mendapati jumlah LAD yang sepatutnya dikenakan adalah sebanyak

RM61,949. Pihak Kementerian juga akan menahan Bon Pelaksanaan jika pihak

pembekal masih gagal menyelesaikan LAD berkenaan dan menyenaraihitamkan

syarikat serta pemiliknya daripada sebarang Kontrak Kerajaan.

Pada pendapat Audit, tuntutan bayaran oleh syarikat berkenaan adalah tidak

teratur. Tindakan Kementerian menyiasat tuntutan oleh syarikat ini di 2 sekolah

adalah baik. Bagaimanapun, siasatan hendaklah diperluaskan ke semua sekolah

dan melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan. Kementerian juga hendaklah

mengenakan tindakan tegas terhadap pembekal yang mengingkari syarat kontrak.

siasatan pihak polis. KPM juga telah mengeluarkan surat kepada

Syarikat Sri Alam Equipment Sdn. Bhd. bagi menuntut nilai

bayaran denda yang sepatutnya dikenakan kepada syarikat

berikutan kelewatan pembekalan peralatan melalui surat

bertarikh 8 Ogos 2012. KPM telah mengeluarkan surat

penahanan Bon Pelaksanaan syarikat kepada pihak bank

melalui surat bertarikh 16 April 2012. Bon Pelaksanaan akan

ditahan selagi syarikat tidak menyelesaikan pembayaran

tersebut. Syarikat juga telah dimasukkan dalam rekod senarai

hitam KPM berikutan kegagalan menyempurnakan

tanggungjawab pembekalan bagi kontrak ini.

35.5.3.1 Peralatan Belum/Tidak Digunakan

Semakan Audit mendapati sebanyak 2,447 unit peralatan MPAV bernilai RM7.39

juta melalui perolehan secara tender yang telah dibekalkan ke SMT/SMV oleh

BPTV masih belum/tidak digunakan sehingga tarikh lawatan Audit. Antara peralatan

yang belum digunakan adalah seperti Water Cooler; Recovery & Recycling

Machine; Vacuum Pump dan Split Air Conditioner manakala peralatan yang tidak

digunakan adalah seperti Precision Seeder Unit; Rice Transplanter dan Egg

Incubator. Peralatan ini belum/tidak digunakan disebabkan beberapa faktor seperti

peralatan dibekalkan melebihi keperluan, kursus belum dimulakan, peralatan

281

281

Peralatan berlebihan di SMV Beaufort telah dikenalpasti untuk

diagihkan ke sekolah lain melalui pemantauan pada 1 Mei 2012

hingga 4 Mei 2012. KPM telah memutuskan untuk mengagihkan

peralatan ke SMV/SMT berdekatan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran.

Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:-

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!