02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Perenggan 35 : Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

35.5.1.1 Prestasi Fizikal

Sebanyak 14 syarikat telah ditawarkan kontrak perolehan secara tender terbuka

bagi pembekalan peralatan MPAV di 85 SMT/SMV di seluruh negara. Berdasarkan

rekod BPTV, kesemua syarikat kecuali syarikat Tranz-i Technology Sdn. Bhd. telah

berjaya membekalkan kesemua peralatan MPAV. Lawatan Audit pada bulan

Oktober 2011 mendapati syarikat ini masih belum membekalkan 2 jenis peralatan

ke 14 sekolah yang dilawati iaitu 45 unit peralatan Over Head Camshaft (OHC)

Engine dan 22 buah Front Wheel Drive Vehicle untuk kursus automotif yang

masing-masingnya bernilai RM0.28 juta dan RM1.22 juta. Berdasarkan syarat

kontrak, peralatan tersebut sepatutnya dibekalkan oleh syarikat Tranz-i Technology

(M) Sdn. Bhd. selewat-lewatnya pada 13 September 2011.

Menurut maklum balas Kementerian, sehingga 31 Disember 2011, 9 buah sekolah

belum dibekalkan dengan peralatan MPAV Kursus Automotif oleh syarikat Tranz-i

Technology (M) Sdn. Bhd. Bagaimanapun, memandangkan tempoh kuat kuasa

kontrak Perolehan Peralatan Bagi Kursus Automotif (Semenanjung) telah tamat,

pihak Kementerian sedang mengambil tindakan untuk merampas Bon Pelaksanaan

dan menyenaraihitamkan pembekal berkenaan dari perolehan kontrak Kerajaan

kerana kegagalan melaksanakan tanggungjawabnya. Bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu, BPTV telah memohon pihak sekolah

untuk membuat perolehan secara sebut harga bagi peralatan yang belum

dibekalkan.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah tegas dalam menguatkuasakan

undang-undang dan mengambil tindakan ke atas kontraktor yang melanggar syarat

perjanjian kontrak.

KPM telah menurunkan waran peruntukan pada 22 Jun 2012

merujuk surat KP.BPTV. 600-6/4/2 Jld. 4 (16) kepada enam (6)

buah sekolah yang terlibat mengikut sebutharga yang telah

dibuat supaya peralatan dapat digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran dan seterusnya pentaksiran dapat dilaksanakan.

Sehingga tarikh 8 Ogos 2012 status pembelian peralatan seperti

berikut:-

i. SMV Rompin - Local Order (LO) bagi kereta telah

dikeluarkan pada 30 Julai 2012 dan LO bagi 5 enjin

dikeluarkan pada 19 Julai 2012

ii. SMV Segamat – Baucer bayaran bertarikh 8 Ogos 2012

telah diterima oleh sekolah untuk proses bayaran.

iii. SMV Klang – LO telah dikeluarkan pada 23 Julai 2012.

iv. SMV Temerloh – LO telah dikeluarkan pada

1 Ogos 2012.

v. SMV Batu Pahat – Baucer Bayaran bertarikh

26 Julai 2012 telah diterima oleh sekolah untuk proses

bayaran.

vi. SMV Muar – LO belum dikeluarkan kerana proses

pertukaran Pengetua.

Bagi tiga (3) buah sekolah lagi waran peruntukan telah

dikeluarkan pada 8 Ogos 2012 kepada sekolah berikut :

i. SMV Kota Tinggi

ii. SMV Tanjung Puteri Johor Bahru

iii. Kolej Vokasional Kluang

278

278

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!