02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

34.5.3.2 Pemantauan

Semakan Audit mendapati aspek pemantauan terhadap pengurusan dan

penyenggaraan kuarters masih belum diberi perhatian sewajarnya di peringkat

Kementerian/JPN/PPD/IPG/sekolah. Ini disebabkan pihak Kementerian belum

mempunyai data yang lengkap berkenaan bilangan sebenar unit kuarters yang

dimilikinya; berlaku penukaran status kuarters tanpa kelulusan Kementerian; banyak

kuarters tidak disenggarakan dan disalahgunakan; prosedur pengisian dan

pengosongan tidak seragam dan teratur; tindakan tidak diambil terhadap penghuni

yang melanggar peraturan mendiami kuarters; jawatankuasa penghuni tidak

diwujudkan/tidak aktif dan rekod/daftar penghuni/ kuarters tidak disediakan dengan

kemas kini.

Menurut maklum balas Kementerian, pihaknya sedang mengemas kini

maklumat/unit kuarters yang dianggarkan melebihi 30 ribu unit. Pihaknya juga akan

bekerjasama dengan JKR memeriksa keadaan kuarters bagi menentukan sama ada

kuarters sedia ada selamat atau ekonomik untuk dibaiki bagi tujuan pengeluaran

surat pengesyoran roboh/hapus kira.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap pengurusan dan penyenggaraan

kuarters Kementerian masih kurang memuaskan. Pihak Kementerian perlu

memperkemas dan mempertingkatkan lagi aspek pemantauan di semua peringkat

supaya pengurusan dan penyenggaraan kuarters Kementerian dapat diuruskan

dengan lebih cekap dan teratur serta memberi kepuasan kepada penghuni.

Kementerian telah menstruktur semula pengurusan kuarters

KPM dan bermula pada November 2011, pengurusan kuarters di

bawah KPM ditadbir oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan

Aset (BPPA).

Antara penambahbaikan dan tindakan yang telah diambil adalah

seperti berikut:-

(i) Pengemaskinian data kuarters;

(ii) Kebenaran menukarguna fungsi kuarters – diangkat untuk

kelulusan Pegawai pengawal;

(iii) Penyelenggaraan kuarters ditangani secara berperingkat

bergantung kepada peruntukan yang diberikan;

(iv) Edaran garis panduan, peraturan dan borang-borang

menduduki kuarters telah dilaksanakan bagi tujuan

penyeragaman;

(v) Pelaksanaan tindakan tatatertib; dan

(vi) Perekodan keluar-masuk kuarters.

34.5.4 Analisis Maklum Balas Penghuni

Sebanyak 190 borang soal selidik telah diedarkan kepada penghuni kuarters

semasa lawatan Audit bagi mengukur tahap kepuasan mereka terhadap

pengurusan kuarters oleh pihak Kementerian. Kesemua borang soal selidik telah

diterima dan analisis terhadap maklum balas dari responden terlibat mendapati:

Tindakan sewajarnya sentiasa diambil bagi setiap aduan yang

diterima dan akan ditangani sewajarnya.

a. 95.3% responden berpuas hati dengan pengagihan kuarters dalam tempoh

yang singkat.

b. 68.9% responden mengadu kerosakan sering berlaku di kuarters disebabkan

tiada penyenggaraan berkala.

c. 58% responden berpendapat pihak pengurusan lewat mengambil tindakan

terhadap aduan kerosakan melebihi satu bulan dan mendakwa aduan

kerosakan tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak pengurusan

menyebabkan penghuni menanggung sendiri kos pembaikan.

d. 33.2% responden mendakwa pemantauan dan pengawasan tidak dilakukan

oleh pihak pengurusan ketika kerja-kerja baik pulih dijalankan oleh kontraktor.

e. 32.1% responden menyatakan kuarters yang disediakan kurang sesuai,

276

276

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!