02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

(vi) Pahang: 28-30 Mei 2012.

Kementerian melalui surat bertarikh 6 Ogos 2012, telah

mengarahkan semua JPN dan Bahagian mendaftarkan aset-aset

yang terdapat di dalam kawasan/unit kuarters (aset alih/tak alih)

ke dalam sistem SPA atau secara manual bagi tujuan

perekodan, pelupusan, penilaian, pergerakan aset dan

penyediaan Kew. PA 7.

34.5.2.1.b

34.5.2.1.c

34.5.2.1.d

Kementerian tidak menyenaraikan Rumah Khas Jabatan bagi pegawai yang

dikehendaki berada setiap masa berdekatan dengan tempat bekerja (contohnya

warden) dan Rumah Khas Jawatan bagi pegawai yang memegang jawatan tertentu

(contohnya Pengarah IPG dan Pengetua). Semakan Audit selanjutnya mendapati

walaupun pihak Kementerian tidak menyenaraikan Rumah Khas berkenaan, pihak

IPG/sekolah telah membayar Bayaran Perumahan Khas (BPK) antaranya kepada

Pengarah IPG, Timbalan Pengarah IPG, Pengetua, Penolong Kanan dan Warden

yang menduduki kuarters. Pembayaran BPK tanpa menyenaraikan Rumah Khas

Jabatan/Jawatan adalah bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh

pekeliling berkenaan.

Beberapa IPG/sekolah telah menganggap sebahagian kuarters sebagai Rumah

Khas Jabatan/Jawatan. Bagaimanapun, keluasan kuarters tersebut tidak mengikut

keluasan seperti mana yang ditetapkan dan elaun berkaitan telah dipotong daripada

penghuni. Memandangkan pegawai berkenaan diwajibkan menduduki rumah khas

tersebut, pihak Kementerian perlu menyediakan kuarters yang mempunyai keluasan

mengikut kelayakan pegawai tersebut. Sebahagian kuarters yang dianggap rumah

khas tidak disediakan mengikut keluasan adalah bagi warden asrama yang

biasanya disandang oleh pensyarah/guru gred DG41/DG44 ke atas. Kelayakan dan

keluasan binaan kuarters bagi pegawai gred DG41/DG44 ialah Kelas D

berkeluasan 200 meter persegi. Kuarters sedia ada bagi warden biasanya

ditempatkan di aras bawah blok asrama yang mempunyai anggaran keluasan 130

meter persegi dan tidak selesa bagi pegawai yang berkeluarga.

Kuarters yang dianggap Rumah Khas Jabatan/Jawatan tidak didiami atau

penghuninya mendiami sebahagian sahaja ruang di dalam rumah tersebut

disebabkan keadaan rumah yang tidak disenggara dan tidak sesuai diduduki namun

elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/Bantuan Sara Hidup (BSH) dipotong.

Sebagai contoh bagi rumah Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Seremban,

Negeri Sembilan beliau tidak tinggal di rumah tersebut kerana bumbung bocor dan

serangan anai-anai. Manakala bagi rumah Pengetua SMS Sultan Haji Ahmad Shah,

Kuantan, Pahang beliau hanya mendiami satu bilik sahaja kerana apabila hari

269

269

Melalui mesyuarat Pengurusan Kuarters yang telah diadakan

pada 18 Mei 2012, semua bahagian telah diarahkan untuk

memberikan maklumbalas mengenai status Rumah Khas

Jabatan/Jawatan (RKJ) di bawah kelolaan masing-masing untuk

diwartakan.

Surat susulan untuk tujuan pengemaskinian data RKJ telah

diedarkan pada 11 Julai 2012 bagi mendapatkan bilangan terkini

untuk diangkat kepada kelulusan Pegawai Pengawal.

Seterusnya, Kementerian telah mengedarkan semula pekelilingpekeliling

berkaitan yang menyatakan jawatan-jawatan yang

layak menduduki RKJ dan dibayar BPK.

Kuarters tersebut telah dijadikan RKJ atas keperluan pada masa

tersebut sedangkan semasa pembinaan ia merupakan kuarters

umum.

Kementerian melalui surat susulan pengemaskinian rekod data

RKJ, seterusnya akan menggred semula kuarters RKJ mengikut

kategori jawatan-jawatan yang layak menduduki RKJ.

Pegawai diperuntukkan RKJ dan mendiami rumah berkenaan

layak diberikan Bayaran Perumahan Khas dengan kadar 50%

dari kelayakan Imbuhan tetap Perumahan Pegawai.

Bagi pegawai yang tidak mendiami disebabkan keadaan rumah

yang tidak disenggara dan tidak sesuai diduduki, pegawai tidak

diptong ITP atau BPK dengan syarat terdapat pengesahan dari

Jabatan Teknikal yang mengesahkan perkara berkenaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!