02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

unit dan perjawatan hendaklah diwujudkan di peringkat Kementerian/JPN/PPD

khusus bagi tujuan pengawalan, pengawasan, penyenggaraan, pelupusan dan

pemantauan terhadap semua kuarters yang dimilikinya. Pegawai yang ditugaskan

bagi pengurusan kuarters perlu diberi latihan berkaitan pengurusan kuarters dengan

mempelajari sistem atau tatacara pengurusan kuarters daripada Bahagian

Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

Menurut maklum balas Kementerian, Unit Pengurusan Hartanah, sedang

menyelaras sistem pengurusan kuarters, mengumpul maklumat pengisian kuarters,

menyewakan kuarters yang kosong kepada agensi lain/swasta dan menukar fungsi

kuarters. Penambahan perjawatan amat mendesak bagi mewujudkan satu unit

pengurusan kuarters supaya kuarters dapat diuruskan dengan lebih cekap dan

teratur. Kementerian juga telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Pengurusan

Kuarters bagi tahun 2012 untuk menyelaras Garis Panduan Pengurusan Kuarters.

Kementerian, Semua JPN/PPD) telah hadir. Keseluruhan

peserta merupakan pegawai yang bertanggungjawab

menguruskan kuarters di bahagian/Negeri/daerah masingmasing.

Kementerian telah menyalurkan maklumat, di samping memberi

maklumat secara hardcopy untuk dijadikan panduan kepada

peserta bagi tujuan penyelarasan di peringkat masing-masing.

34.5.2.1.a

Peraturan Dan Garis Panduan

Lawatan Audit mendapati hanya PPD Kinta Utara, Ipoh, Perak telah mengeluarkan

garis panduan bagi menguruskan kuarters di bawah kawalannya. Pegawai

Kementerian/PPD/IPG/ sekolah hanya merujuk kepada Perintah Am Bab E dan

pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa sebagai panduan semasa mengurus

kuarters di bawah jagaan masing-masing. Ketiadaan garis panduan yang standard

menyebabkan pelaksanaan pengurusan kuarters di peringkat PPD/sekolah tidak

seragam antaranya kawalan permohonan pengisian/pengosongan kuarters sekolah

oleh pelbagai pihak; pemotongan elaun juga tidak seragam dan tidak teratur;

penyenggaraan kuarters dilaksanakan oleh pelbagai peringkat menyukarkan

kawalan; pelbagai kaedah berkaitan pembayaran bil utiliti dan kenaan caj tidak

seragam serta tiada daftar aset/kelengkapan diwujudkan.

Kementerian telah mengadakan bengkel bersama JPN/PPD bagi

membincangkan garis panduan tersebut:

Pihak Kementerian telah menyediakan dan mengedarkan Buku

Panduan Elaun dan Insentif dan Buku Panduan Penyediaan

Penyata Perubahan Bagi Semua Agensi Di Bawah KPM melalui

surat bil. KP(PP)0053 Jilid 21 (98) bertarikh 14 April 2010

sebagai panduan dalam menguruskan elaun termasuk elaun

yang berkaitan dengan kuarters.

Di samping itu juga, peraturan yang berkaitan (Pekeliling dan

Surat Pekeliling) telah dimaklumkan kepada semua pengurus

sumber manusia di dalam Mesyuarat Penyelarasan

Perkhidmatan Peringkat KPM Bilangan 1 Tahun 2012 yang

diadakan pada 2 Julai 2012.

Selain itu, untuk tahun 2012 sebanyak enam siri kursus telah

diadakan berkaitan urusan saraan dan kemudahan termasuk

mengenai elaun bagi memberikan pendedahan kepada semua

pengurus sumber manusia di peringkat Jabatan Pelajaran

Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah seperti berikut:-

(i) Tawau: 5-8 Mac 2012;

(ii) KL : 12-15 Mac 2012;

(iii) Kuching : 26-29 Mac 2012;

(iv) Kedah : 2-5 April 2012;

(v) Melaka : 2-5 April 2012; dan

268

268

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!