02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

34.5.1.2.a

Pengisian Kuarters Kementerian

Sehingga bulan Disember 2011, Kementerian memiliki 31,759 unit kuarters yang

dibina secara kompleks kuarters, kuarters Sekolah Harian, Sekolah Agama,

Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan Institut Aminuddin Baki. Bagaimanapun,

Kementerian tidak dapat mengemukakan data berkenaan bilangan kuarters dan

pengisiannya bagi kuarters yang terdapat di Institusi Pendidikan Guru, Kolej

Matrikulasi, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Sukan/Seni dan Sekolah

Pendidikan Khas. Berdasarkan data 31,759 unit kuarters, hanya 22,768 (71.7%)

unit sahaja yang diisi.

Sehingga April 2012, maklumat kuarters KPM adalah seperti

berikut:-

(i) Jumlah Unit Kuarters : 34,718 unit; dan

(ii) Jumlah Pengisian : 27,029 unit (77.85%).

* perekodan kuarters KPM adalah mengikut

sekolah/institusi/daerah dan negeri.

34.5.1.2.b

Semakan Audit terhadap kuarters yang dilawati di 3 IPG dan 46 KIP/KRG/sekolah

mendapati hanya 1,397 (55.3%) unit kuarters diisi daripada 2,522 unit kuarters

sedia ada. Faktor kuarters kurang mendapat permintaan adalah disebabkan

antaranya tiada penyenggaraan berjadual terutamanya terhadap sistem kumbahan,

tangki air dan pembersihan; kerosakan yang berlaku lewat atau tidak dibaiki oleh

JPN/PPD/ Institusi/sekolah disebabkan kekurangan atau tiada peruntukan; kadar

sewa rumah di sekitar kuarters lebih rendah berbanding jumlah elaun yang dipotong

apabila pegawai menduduki kuarters serta keadaan kuarters yang uzur, daif dan

tidak sesuai untuk didiami.

Pembinaan kuarters telah dibuat/selesai sebelum kadar ITP

dinaikkan di samping pemberian COLA. Berdasarkan Pekeliling-

Pekeliling berikut:-

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2004 - (ITP);

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 2007 - (ITP);

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005 - (COLA); dan

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007 - (COLA).

Ekoran daripada pemberian dan kenaikan elaun-elaun tersebut,

menyebabkan penjawat awam lebih berminat untuk menyewa

rumah selain kuarters kerana kadar sewa yang lebih rendah

berbanding potongan yang dibuat oleh Kerajaan.

34.5.1.2.c

Didapati tiada pegawai khusus yang bertanggungjawab mengurus dan menjaga hal

ehwal kuarters Kementerian sama ada di peringkat Kementerian/

Jabatan/PPD/Institusi/ sekolah. Bagaimanapun bermula pada bulan November

2011, tugas dan tanggungjawab berkenaan kuarters diletakkan di bawah Unit

Pengurusan Hartanah, BPPA. Manakala di peringkat PPD/Institusi/sekolah, urusan

kuarters masing-masing di bawah tanggungjawab Unit Pembangunan/Unit

Pentadbiran. Di Kementerian, 3 orang pegawai yang terlibat bagi pengurusan

kuarters manakala di peringkat PPD/Institusi/sekolah masing-masing seorang

pegawai yang terlibat. Selain itu, adalah didapati pegawai yang bertanggungjawab

mengurus kuarters kurang didedahkan dengan aspek pengurusan kuarters melalui

kursus atau latihan yang sepatutnya.

Pada pendapat Audit, JPN perlu memohon peruntukan penyenggaraan pencegahan

(preventive maintenance) dan menyediakan peruntukan khusus untuk kerja

pembaikan dan penyenggaraan kuarters khususnya melalui peruntukan mengurus.

Selain itu, Kementerian perlu mengadakan pangkalan data kuarters. Bagi tujuan ini,

267

267

Kementerian telah menyelaras semula fungsi tugas pengurusan

kuarters melalui Mesyuarat Pengurusan Kuarters Di Bawah KPM

yang telah diadakan pada 18 Mei 2012. Fokus pelaksanaan

meliputi aspek-aspek penting melibatkan:-

(i) Perekodan data kuarters;

(ii) Penyelenggaraan;

(iii) Penyewaan dan tukar guna kuarters;

(iv) Pengurusan aset;

(v) Hapuskira / roboh;

(vi) Tindakan tatatertib; dan

(vii) Penyelarasan pemotongan elaun.

Kementerian telah mengadakan Bengkel Penyelarasan

Pengurusan Kuarters Milik KPM pada 29 Februari hingga

2 Mac 2012 di Quality Hotel Shah Alam; 40 orang peserta (wakil

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!