02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

sewajarnya memandangkan sebahagian daripadanya merupakan transaksi yang

telah lama berlarutan.

2.4.2

2.4.2.1

2.4.2.2

Akaun Deposit Pelarasan Cek Terbatal Dan Akaun Pembatalan Bayaran

Pindahan Dana Elektronik (EFT)

Cek yang tidak ditunaikan pada akhir tempoh 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan

disifatkan sebagai terbatal dan hendaklah diselaraskan ke Akaun Deposit Pelarasan

Cek Terbatal. Pada akhir tahun 2011, Akaun Deposit Pelarasan Cek Terbatal

adalah berbaki RM88.84 juta. Semakan Audit mendapati baki akaun ini

menunjukkan penurunan pada akhir tahun 2011 berbanding dengan akhir tahun

2007 kecuali pada tahun 2010 yang mana akaun ini menunjukkan sedikit

peningkatan. Penurunan baki ini antaranya disebabkan cek yang dibatalkan

sebelum tahun 2006 dan tidak perlu diganti telah dikreditkan ke akaun hasil serta

adanya pengurangan cek terbatal.

Pemindahan wang secara elektronik yang dikembalikan oleh bank disifatkan

sebagai terbatal dan hendaklah diselaraskan dengan mengkreditkan Akaun

Pembatalan Bayaran Pindahan Dana Elektronik (EFT). Pada akhir tahun 2011,

Akaun Pembatalan Bayaran EFT adalah berbaki RM92.99 juta. Semakan Audit

mendapati baki akaun ini menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2009

disebabkan peningkatan pembatalan EFT pada tahun 2008 dan penurunan EFT

yang diganti pada tahun 2009. Pada tahun 2010 dan 2011, EFT yang dibatalkan

juga menunjukkan peningkatan.

Cek/EFT dibatalkan antaranya disebabkan kesilapan mengunci masuk maklumat

penerima seperti nama dan nombor akaun atau penerima tidak menerima cek yang

dihantar melalui pos. Pada pendapat Audit, kesilapan mengunci masuk maklumat

penerima atau alamat penerima tidak kemas kini adalah merupakan kesilapan yang

boleh dielakkan. Komitmen yang tinggi dari semua pihak adalah diperlukan bagi

meminimumkan kesilapan ini.

Peringatan berterusan dibuat kepada PTJ supaya mengunci

masuk maklumat yang tepat setiap penerima bayaran.

2.4.3.2 Pemulangan Baki 50% Wang Jaminan Pelaksanaan

Baki Wang Jaminan Pelaksanaan sebanyak 50% hendaklah dipulangkan kepada

kontraktor 12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan atau setelah

Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan, mengikut mana yang

terkemudian. Semakan audit mendapati baki 50% WJP berjumlah RM5.58 juta

masih belum dipulangkan kepada 33 kontraktor walaupun tempoh tanggungan

kecacatan atau Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan telah dikeluarkan melebihi

tempoh 12 bulan.

Maklum Balas Kementerian/Jabatan Yang Diterima Antara 8 Hingga 24 Mei

2012

Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) tidak boleh dilepaskan antaranya disebabkan

kerja-kerja dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan belum selesai atau syarikat

15

15

Mesyuarat Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) bagi projek di

bawah PMC telah diadakan pada 6 September 2012 di antara

JANM (termasuk Cawangan Negeri), Perbendaharaan dan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telah diminta

untuk mengemukakan status terkini ke atas kesemua projek di

bawah PMC yang masih mempunyai baki WJP dan menyatakan

ketetapan Kementerian ke atas projek-projek tersebut untuk

tindakan seterusnya oleh pihak JANM.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!