02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Perenggan 34 : Pengurusan Kuarters

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

34.5.1.1.a

Prestasi Kewangan

34.5.1.1.b

Penyenggaraan kuarters Kementerian diurus dan diselia di peringkat Pusat

Tanggungjawab (PTJ) dengan menggunakan perbelanjaan mengurus kod Objek

Lanjut (OL28101) Penyenggaraan Bangunan Kediaman (termasuk berek/asrama

dan rumah rehat) di bawah pecahan kod Objek Sebagai (OS28000)

Penyenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli. Bagi tempoh tahun 2009 hingga

2011, Kementerian/JPN/PPD/Institusi/sekolah hanya membelanjakan RM141.29

juta di bawah OL28101 iaitu antara 2.6% hingga 5.6% daripada peruntukan yang

diluluskan di bawah OS28000 berjumlah RM3.292 bilion. Keadaan ini berlaku

kerana tiada bajet khusus diperuntukkan bagi tujuan kerja pembaikan dan

penyenggaraan bangunan kuarters dalam peruntukan mengurus. Keutamaan

perbelanjaan adalah bagi kerja pembaikan dan penyenggaraan bangunan sekolah

serta penyenggaraan kenderaan jabatan. Di samping itu, didapati penyenggaraan

pencegahan (preventive maintenance) tidak dilaksanakan disebabkan peruntukan

tidak dipohon oleh JPN, sebaliknya hanya peruntukan penyenggaraan pembaikan

(corrective maintenance), naik taraf dan kerja pembaikan kuarters dipohon kepada

pihak Kementerian.

Semakan Audit terhadap aktiviti kerja pembaikan dan penyenggaraan bangunan

kuarters bagi kuarters yang dilawati menunjukkan perbelanjaan bagi tujuan tersebut

kurang diberikan keutamaan. Perbelanjaan yang dilakukan bagi tempoh tahun 2009

hingga 2011 di bawah OL28101 adalah berjumlah RM4,400 iaitu hanya dilakukan

pada tahun 2011. Keadaan ini berlaku kerana tiada bajet khusus diperuntukkan di

bawah OL28101. Perbelanjaan di bawah OL28101 hanya dilakukan jika terdapat

lebihan peruntukan di bawah OS28000.

Menurut maklum balas Kementerian, kekangan peruntukan menyebabkan

preventive maintenance tidak dapat disediakan. Kementerian pernah menjalankan

Projek Rintis melibatkan 3 daerah berhubung penyenggaraan kuarters.

Bagaimanapun sejak tahun 2010, projek ini tidak dapat diperluaskan ke kuarters

yang lain kerana peruntukan yang diterima adalah tidak mencukupi. Oleh itu,

penyenggaraan akan ditumpukan pada unit yang didiami sahaja mengikut

keutamaan skop kerja pembaikan.

265

265

Kementerian melalui surat bertarikh 8 Mac 2012 telah selesai

mengumpulkan maklumat peruntukan yang diperlukan bagi

menyelenggara kuarters bagi tahun 2012/2013 iaitu sebanyak

RM400 juta.

Kementerian telah memohon sebanyak RM79 juta untuk

melaksanakan penyelenggaraan kuarters bagi skop kritikal

(kuarters yang diduduki) bagi tahun 2012 pada 10 Mei 2012.

Kelulusan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi

penyelenggaraan kuarters telah diberikan pada 14 Mei 2012 dan

agihan peruntukan serta waran telah diturunkan kepada 15 JPN

dan 5 Bahagian bermula 26 Jun 2012.

Jadual pelaksanaan dan prestasi belanja peruntukan

penyelenggaraan tahun 2012 seperti berikut:-

Bil. Tarikh Catatan

1. 2 – 13 Julai 2012 JPN/Bahagian menerima waran

3. 16 – 20 Julai

2012

4. 23 – 27 Julai

2012

5. Ogos-September

2012

Proses agihan peruntukan

daripada JPN/bahagian kepada

PPD

Proses perolehan

Pelaksanaan

kerja

penyelenggaraan (laporan prestasi)

6. 15 Oktober 2012 Selesai (laporan dihantar ke

Kementerian)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!