02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas Kementerian dan JKR, dalam spesifikasi LS-7 untuk

single phase generator set, pemasangan sistem perangkap minyak dan gris tidak

diwajibkan. Tambahan pula, saiz set janakuasa tersebut adalah berkapasiti kecil

dan hanya digunakan sebagai sistem backup serta berkonfigurasi untuk beroperasi

pada kadar minimum. Bagaimanapun, pihak JKR mengambil maklum akan masalah

kebocoran saluran diesel dan telah mengarahkan kontraktor untuk melaksanakan

kerja pembaikan.

33.5.5.3.b

Penyimpanan Bahan Mudah Terbakar

Lawatan Audit ke tapak rumah janakuasa di SK Ladang Segaria dan SK

Kalumpang, Semporna, Sabah mendapati tong minyak yang berisi diesel untuk

kegunaan janakuasa tersebut diletakkan di dalam kawasan pagar rumah janakuasa

dan berhampiran dengan tangki minyak. Menurut kontraktor dan wakil Pegawai

Penguasa, stok diesel tersebut ditempatkan berhampiran tangki minyak bagi

memudahkan kerja pengisian semula sekiranya bekalan minyak di tangki habis.

Semua tong-tong minyak tersebut telah disimpan dengan teratur

dan di tempat berbumbung iaitu di ruang kosong di rumah

janakuasa dan telah selesai pada 28 Januari 2012.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihak JKR telah mengarahkan kontraktor

pada 15 Disember 2011 untuk mengalihkan tong-tong minyak diesel simpanan

tersebut ke tempat yang berbumbung iaitu rumah janakuasa.

Pada pendapat Audit, aspek keselamatan di kawasan stesen sistem solar hibrid

khususnya berkenaan dengan sistem pengesan dan pemadam kebakaran, sistem

perangkap minyak dan gris serta penyimpanan stok minyak perlu diberi perhatian

bagi menjamin keselamatan secara keseluruhan dan mengelakkan berlakunya

perkara yang tidak diingini seperti kebakaran, pencemaran, kecurian dan

vandalisme.

33.5.6.1.b

Pemantauan Projek SSH

Semakan Audit mendapati pemantauan projek kurang memuaskan kerana semua

projek telah gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan telah diberi

tambahan masa melebihi 4 bulan serta beberapa kerja pemasangan, pembinaan

dan penyenggaraan adalah kurang berkualiti. Sebahagian bangunan yang dibina

tidak digunakan dan kerja tidak mengikut spesifikasi serta aset tidak direkodkan

dalam Daftar Aset. Unit Luar Bandar, Bahagian Pembangunan, Kementerian

memaklumkan mereka menghadapi kekangan peruntukan dan kekurangan

kakitangan bagi tujuan program pemantauan. Pada masa yang sama, mereka juga

perlu menjaga dan memantau projek-projek lain dan bergantung kepada

perunding/wakil Pegawai Penguasa yang dilantik bagi pihak mereka untuk

menjalankan tugas penyeliaan dan pemantauan.

Bahagian Pembangunan KPM telah membuat kajian semula

struktur organisasi dan struktur fungsi. Antara cadangan

penstrukturan semula tersebut ialah pengwujudan unit Khas di

Sabah dan Sarawak. Permohonan ini telah dikemukakan ke

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM pada 21 Mei 2012.

Satu mesyuarat telah diadakan dengan pihak JPA. JPA

memaklumkan bahawa permohonan ini ditangguhkan dahulu

bagi tujuan kajian semula Bahagian-bahagian Pembangunan di

Kementerian yang lain.

263

263

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!