02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

33.5.4.6 Pendaftaran Komponen Dan Peralatan Sistem Solar Hibrid

Lawatan ke 20 sekolah mendapati peralatan yang dipasang hanya ditandakan Hak

Milik Kerajaan Malaysia dan tidak direkodkan dalam Daftar Aset.

Kementerian mengambil maklum akan teguran Audit dan meminta pihak JPN

Sabah pada 30 Mac 2012 untuk mengambil tindakan pendaftaran peralatan sistem

solar hibrid di dalam Daftar Aset Alih Kerajaan.

KPM telah meminta JPN memaklumkan kepada sekolah supaya

semua peralatan hendaklah didaftar dalam daftar aset pada

30 Mac 2012.

Pendaftaran dalam daftar aset dijangka siap secara berperingkat

sehingga Oktober 2012.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan peralatan yang dipasang

dilabel, direkodkan dan didaftarkan. Ia bagi tujuan memastikan aset Kerajaan dapat

direkodkan dengan teratur dan terkawal serta tindakan penyenggaraan dapat

ditentukan dengan berkesan.

33.5.5.1 Sistem Pengesan Dan Pemadam Kebakaran

Pemeriksaan Audit bagi Projek SSH di negeri Sabah mendapati rumah kuasa yang

menempatkan set janakuasa, inverter dan bateri tidak dilengkapi sistem pengesan

dan pemadam kebakaran. Ia hanya dibekalkan dengan alat pemadam api (fire

extinguisher) jenis dry powder yang digunakan secara manual dan ini adalah tidak

berkesan berbanding dengan Projek SSH di Semenanjung Malaysia yang

dilaksanakan oleh TNB-ES. Ini adalah kerana rumah kuasa yang dibina di

Semenanjung Malaysia dilengkapi dengan sistem pengesan dan pemadam

kebakaran yang dapat mengesan dan memadamkan kebakaran secara automatik.

Supplementary Agreement untuk menaiktaraf keperluan elektrik

sedang disediakan dan keperluan sistem pengesan kebakaran

tersebut telah diambil kira.

Mengikut maklum balas Kementerian dan JKR, skop kerja pemasangan sistem

pengesan dan pemadam kebakaran tidak dimasukkan dalam skop kerja asal bagi

Projek SSH di Sabah. Bagaimanapun, pihak JKR telah menyedari keperluan sistem

tersebut dan mencadangkan kepada Kementerian sebagai tambahan skop kerja.

Pada masa ini, Kementerian sedang mempertimbangkan cadangan JKR untuk

menggunakan gas aerosol sebagai agen pemadam kebakaran berdasarkan

peruntukan kewangan sedia ada Kementerian.

33.5.5.2.b

Sistem Perangkap Minyak Dan Gris

Pihak Audit mendapati sistem perangkap minyak dan gris yang direka bentuk bagi

Projek SSH oleh TNB-ES adalah berkesan bagi tujuan kawalan pengumpulan dan

pemendapan sisa buangan dari minyak dan gris khususnya untuk pelupusan.

Bagaimanapun sistem ini tidak termasuk di dalam reka bentuk bagi Projek SSH di

negeri Sabah. Tumpahan minyak di dalam rumah kuasa di 3 buah sekolah di Sabah

tidak mengalir keluar menyebabkan lantai dalam rumah kuasa kotor dan licin.

Pihak kontraktor telah mengambil tindakan mengemaskan

pemasangan pada 28 Januari 2012. Lawatan pemantauan dan

penyelenggaraan oleh JKR mendapati kerja tersebut telah

dilaksanakan.

262

262

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!