02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Kementerian mengambil maklum perkara ini dan telah pun melantik pihak JKR bagi

tujuan kerja penyenggaraan ini. Penyenggaraan akan dilaksanakan di 78 buah

Tapak Sistem Solar Hibrid Fasa 1 untuk tempoh sehingga bulan Disember 2012.

Peruntukan sebanyak RM4 juta telah disalurkan kepada JKR pada 26 April 2012.

Pihak JKR telah melaksanakan proses perolehan bagi melantik kontraktor

penyenggaraan pada 3 Mei 2012 dan pelaksanaan kerja bermula bulan Jun 2012.

Skop kerja adalah penyenggaraan berkala, kerja-kerja pembaikan terhadap

komponen yang didapati telah rosak dan kerja-kerja rectification.

Pada pendapat Audit, perancangan bajet, kaedah dan penyelarasan bagi

penyenggaraan Projek SSH di Sabah bagi Fasa 1 selepas tamat tempoh

tanggungan kecacatan adalah kurang berkesan. Sistem solar hibrid yang tidak

disenggarakan dengan segera dikhuatiri akan mudah rosak dan merugikan

Kerajaan kerana menanggung kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan tersebut.

Kementerian hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan menyediakan

peruntukan yang mencukupi dan melantik kontraktor untuk kerja-kerja

penyenggaraan bagi Projek SSH Fasa 1 yang rosak dan masih digunakan oleh

pihak sekolah. Bagi Projek SSH yang tidak digunakan lagi dan telah mendapat

bekalan elektrik dari talian grid, Kementerian hendaklah membuat keputusan sama

ada untuk memindahkannya ke sekolah lain yang memerlukannya atau menjadikan

peralatannya sebagai alat gantian ataupun melupuskannya.

33.5.4.5 Daftar Aduan Kerosakan Tidak Diselenggara

Pemeriksaan Audit mendapati kesemua sekolah tidak menyelenggarakan rekod

aduan kerosakan. Oleh itu, tidak dapat ditentukan sama ada aduan berkenaan telah

diambil tindakan oleh kontraktor dan dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan itu

prestasi kontraktor terhadap respon aduan kerosakan tidak dapat dinilai.

Kementerian dalam maklum balasnya telah meminta pihak JPN yang terlibat untuk

mengarahkan pihak sekolah mengambil tindakan berkaitan. Kementerian juga

memaklumkan, pihak JKR sentiasa memastikan kontraktor melaksanakan

pemantauan terhadap aduan kerosakan yang dikemukakan oleh pengguna

diselesaikan di dalam tempoh 14 hari.

Pihak sekolah telah menyediakan satu buku rekod aduan

kerosakan dan segala aduan kerosakan akan direkodkan ke

dalam buku tersebut serta tindakan yang telah diambil. Talian

Hotline juga telah disediakan oleh setiap kontraktor untuk

laporan aduan kerosakan dan bermula setelah projek itu

diserahkan.

Pada pendapat Audit, respon kontraktor terhadap aduan kerosakan tidak dapat

ditentukan oleh kerana tiada rekod diselenggarakan bagi tujuan tersebut.

Kementerian sepatutnya menyediakan satu daftar aduan kerosakan dan

penyenggaraan yang seragam untuk kegunaan sekolah serta menilai prestasi

kontraktor terhadap kerja penyenggaraan.

261

261

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!