02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pada inverter, tandas terbiar dan kotor, bilik bateri kotor dan bateri berhabuk.

Mengikut maklum balas Vital Delta Sdn. Bhd. dan KATA General Engineering Sdn.

Bhd., kerja penjagaan dan pembersihan kawasan persekitaran adalah tidak

termasuk di dalam skop kerja kontrak. Pihak mereka difahamkan selepas

penyerahan kepada pihak sekolah, kerja-kerja pembersihan adalah tertakluk

kepada pihak sekolah sendiri. Bagaimanapun, pihak mereka akan membaiki

peralatan yang telah rosak dan membersihkan sisa bahan binaan. Kementerian

dalam maklum balasnya juga telah mengarahkan JPN untuk memaklumkan kepada

sekolah yang terlibat supaya sentiasa menjaga kebersihan di stesen solar hibrid.

melalui khidmat kontrak pembersihan sedia ada. JPN juga telah

mengeluarkan surat arahan pada 6 Ogos bagi tujuan yang

sama.

Pada pendapat Audit, kawasan stesen solar hibrid hendaklah disenggarakan dan

dibersihkan sekerap mungkin serta dijaga dengan baik bagi mengelakkan

kerosakan kepada komponen sistem solar hibrid dan keceriaan kawasan

persekitarannya. Ianya bagi mengelakkan gangguan kepada bekalan kuasa yang

dijana oleh modular solar dalam jangka masa panjang serta kos penyenggaraan

yang tinggi apabila kerosakan semakin serius.

33.5.4.3.b

Penyenggaraan Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan

Lawatan Audit kesemua 14 sekolah di Sabah mendapati kontraktor telah mematuhi

syarat ini dengan membekalkan water dispenser ke sekolah tersebut.

Bagaimanapun semasa lawatan Audit pada bulan Oktober dan November 2011,

terdapat 3 water dispenser di 3 sekolah telah rosak dan tidak dapat digunakan.

Kementerian memaklumkan kerosakan ini masih dalam tempoh tanggungan

kecacatan dan pihak JKR telah mengarahkan kontraktor pada 15 Disember 2011

untuk memperbaiki kerosakan tersebut agar ianya boleh digunakan.

Water Dispenser telahpun dibaiki pada 5 Januari 2012 dan

berfungsi seperti sepatutnya. 3 sekolah yang dimaksudkan ialah

i. SMK Timbua, Ranau;

ii. SK Kalumpang,Semporna; dan

iii. SK Ladang Sagaria, Semporna.

33.5.4.4.b

Penyenggaraan Selepas Tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan Bagi Projek

Solar Hibrid Fasa 1

Semasa pengauditan dijalankan di Daerah Tambunan, Sabah pada

9 November 2011, pihak Audit telah melawat ke SK Tiong Widu, Tambunan yang

merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat dalam Projek SSH Fasa 1. Adalah

didapati projek ini telah tamat tempoh tanggungan kecacatan dan telah mengalami

kerosakan serta tidak berfungsi. Sekolah ini bakal mendapat bekalan elektrik

melalui sistem talian grid SESB dalam tempoh terdekat. Menurut Guru Besar, pihak

sekolah telah membuat aduan kerosakan ke JPN, namun tiada tindakan pembaikan

dilaksanakan kerana tiada peruntukan. Pada masa ini, pihak sekolah menggunakan

set janakuasa sedia ada untuk bekalan elektrik ke sekolah dan membebankan

pihak sekolah kerana terpaksa menggunakan peruntukan yang besar untuk

membeli minyak diesel. Kerosakan pada sistem solar hibrid di mana set janakuasa

tidak lagi berfungsi dan inverter menunjukkan bateri telah under voltage.

Kontraktor telahpun dilantik dan kerja–kerja penyelenggaraan

telah dimulakan melibatkan 14 buah sekolah bermula pada

18 Jun 2012 manakala bakinya sebanyak 64 sekolah telah

bermula pada 16 Julai 2012. Peruntukan sebanyak RM 4 juta

telah disalurkan kepada JKR pada 26 April 2012.

Pihak JKR telah menubuhkan pasukan pemantauan dan

membuat lawatan pemantauan kerja-kerja penyelenggaran

bersama dengan kontraktor.

260

260

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!