02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Mengikut maklum balas Kementerian, JKR memaklumkan SK Timbua dan SMK

Timbua merupakan sekolah yang mempunyai kapasiti tenaga yang terhad iaitu

antara 50 hingga 60 kw. Semasa lawatan tapak, pihak sekolah meminta agar

kuarters guru tidak dimasukkan sekali kerana ianya akan melebihi kapasiti tenaga

yang diperlukan dan meminta untuk disambungkan dengan bekalan elektrik melalui

talian grid SESB. Selain itu berdasarkan maklum balas kontraktor berkaitan, projek

kabin pasang siap telah dilaksanakan oleh kontraktor yang berlainan dan belum lagi

diserahkan kepada Kementerian pada waktu itu. Ianya juga tidak termasuk di dalam

layout plan asal semasa pemeriksaan tapak dilakukan bersama JKR dan

Kementerian.

mengagihkan peruntukan dan Sabah Electricity Sdn.

Bhd.(SESB) akan membuat pemasangan mengikut jadual

syarikat tersebut.

Pada pendapat Audit, pengagihan bekalan kuasa elektrik hendaklah dibuat secara

menyeluruh dan mengambil kira keperluan tenaga tambahan untuk masa depan

bagi memastikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas.

33.5.4.1.b

Jadual Penyenggaraan/Pemeriksaan Berkala

Lawatan Audit ke 20 sekolah mendapati projek ini telah disiapkan antara bulan Jun

dan Julai 2011 dan belum mencapai tempoh penyenggaraan (6 bulan pertama).

Adalah didapati persekitaran kawasan stesen solar hibrid di 7 sekolah tidak dijaga

dengan baik dan tidak dibersihkan. Kelewatan kontraktor mengenal pasti atau

mengambil tindakan mencegah lebih awal terhadap kerosakan kecil ini boleh

membawa kepada kerosakan yang lebih besar pada masa akan datang.

Mengikut maklum balas Kementerian, penyenggaraan berkala adalah dalam masa

6 bulan sekali seperti yang dinyatakan di dalam kontrak. Pihak kontraktor telah

melaksanakan kerja tersebut mengikut kontrak dan Kementerian mengambil

maklum akan pandangan yang diberikan oleh pihak Audit.

Pada pendapat Audit, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan kekerapan

pemeriksaan berkala seperti mana yang dijadualkan tidak mencukupi. Oleh itu,

pihak Audit mencadangkan kekerapan penyenggaraan berkala perlu ditingkatkan

lagi sebagai langkah pencegahan bagi memastikan komponen-komponen sistem

solar hibrid berada dalam keadaan baik dan kawasan persekitaran juga dalam

keadaan bersih di samping peralatan yang rosak dapat diperbaiki dengan segera

dan digunakan oleh pelajar dan sekolah.

esyuarat Penyelenggaraan Semasa Tempoh Kecacatan Untuk

Pakej-pakej yang telah siap diserah telah diadakan secara

berkala. Tarikh mesyuarat yang telah diadakan adalah seperti

berikut:-

o Mesyuarat DLP pertama 21 Oktober 2011;

o Mesyuarat DLP kedua 14 Disember 2011;

o Mesyuarat DLP ketiga 23 Mac 2012;

o Mesyuarat DLP keempat 14 Jun 2012; dan

o Mesyuarat DLP kelima 12 Jun 2012.

Manakala bagi Semenanjung juga dilaksanakan penyelengaraan

bagi setiap tapak 3 bulan sekali.

Bagi kerja pembersihan di luar kawasan solar adalah

menggunakan khidmat kontrak pembersihan sediada. JPN telah

juga mengeluarkan surat arahan untuk menjaga kebersihan

sekitar kawasan sekolah melalui surat arahannya pada

6 Ogos 2012.

33.5.4.2.b

Kebersihan Kawasan Stesen Solar Hibrid

Adalah didapati persekitaran kawasan stesen solar hibrid di 8 sekolah tidak dijaga

dengan baik dan tidak dibersihkan seperti tapak panel solar diliputi semak samun,

longkang di sekitar rumah guru yang belum diduduki tersumbat, burung bersarang

259

259

Pembersihan tehadap inverter telah diambil tindakan oleh

kontraktor pada 28 Januari 2012. Manakala pembersihan di luar

kawasan solar hibrid adalah menjadi tanggung jawab sekolah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!