02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Manakala mengikut maklum balas yang diterima daripada Pengetua SMK Timbua,

bangunan kantin belum digunakan kerana kedudukannya tidak strategik iaitu jauh

dari kawasan sekolah dan bangunan kantin sedia ada lebih luas dan selesa.

Bangunan rumah guru yang belum digunakan pula tidak sesuai didiami disebabkan

ketiadaan bilik dan dapur seperti yang sepatutnya. Pihak sekolah bercadang

mengubah suai kantin tersebut untuk dijadikan kelas atau bengkel Kemahiran

Hidup. Manakala rumah guru juga dicadangkan diubah suai untuk dijadikan stor

buku sekolah, barangan dan peralatan sukan.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan bangunan baru yang

dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan digunakan mengikut tujuan

pembinaan. Kementerian juga hendaklah memastikan bangunan yang dibina tidak

terbiar menyebabkan bangunan cepat rosak dan melibatkan kos pembaikan yang

tinggi. Selain itu, semua pihak yang terlibat hendaklah berbincang bagi

memuktamadkan keperluan sebenar komponen bangunan sebelum sesuatu projek

dimulakan. Pihak sekolah juga hendaklah menggunakan kemudahan bangunan

yang dibina dengan sepenuhnya supaya pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan lebih kondusif serta mengelakkan pembaziran.

33.5.3.1.a

Kualiti kerja Kurang Memuaskan - Sambungan Paip Tidak Kemas

Pemeriksaan Audit mendapati sambungan saluran paip pada tangki minyak di 3

daripada 14 sekolah yang dilawati di Sabah, iaitu SK Tiang, SK Longut dan SK

Tinanom, Ranau adalah tidak kemas menyebabkan berlakunya kebocoran pada

sambungannya. Kejadian kebocoran minyak ini disebabkan oleh kontraktor tidak

menggunakan pipe sealant yang bersesuaian untuk membuat penyambungan paip

minyak. Pemeriksaan Audit selanjutnya mendapati minyak dari tangki yang melalui

paip telah menitis ke lantai dan menyebabkan lantai licin serta terdedah kepada

risiko kebakaran. Selain itu, adalah didapati sambungan paip air dan Rain Water

Down Pipe yang tidak dipasang dengan kemas di 2 sekolah iaitu SK Longut dan SK

Timbua, Ranau.

Pihak kontraktor telah mengambil tindakan dan telah

disempurnakan pada 28 Januari 2012.

Mengikut maklum balas Kementerian, JKR telah mengarahkan kontraktor pada 15

Disember 2011 untuk membaiki kebocoran paip. Syarikat Vital Delta Sdn. Bhd. telah

memaklumkan kerja pembetulan sedang dijalankan dan akan melaporkan dari

semasa ke semasa kepada pihak JKR.

33.5.3.1.b

Rekahan Dan Resapan Air Pada Dinding Bangunan

Lawatan Audit di SK Ladang Segaria dan SK Kalumpang, Semporna, Sabah

mendapati berlaku rekahan dan resapan air pada bahagian dinding bangunan yang

dibina menyebabkan ianya mula berkulat dan cat juga telah terkopak. Bangunan

yang terlibat adalah seperti kantin, bilik darjah, rumah guru dan rumah kuasa. Wakil

Pegawai Penguasa memaklumkan kecacatan mungkin berlaku disebabkan air yang

Pihak kontraktor telah mengambil tindakan membaikinya pada

13 Mac 2012 dan tidak lagi berlaku rekahan dan resapan air.

257

257

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!