02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

melalui sistem solar hibrid dan sekolah terpaksa menanggung kos bagi

menyenggara set janakuasa untuk pembekalan elektrik ke sekolah. Tempoh

kelewatan penyiapan projek boleh disingkatkan lagi sekiranya perancangan

pelaksanaan kerja oleh kontraktor dibuat dengan berkesan dengan mengambil kira

faktor cuaca dan kesukaran perhubungan. Selain itu, pemantauan rapi dan

koordinasi yang berkesan di antara pihak yang bertanggungjawab menguruskan

projek ini boleh mempercepatkan lagi penyiapan projek.

33.5.1.2 Pencapaian Kewangan projek

Sehingga akhir tahun 2011, sejumlah RM77.35 juta (78.9%) telah dibelanjakan

daripada nilai kontrak asal RM98 juta bagi projek di Semenanjung Malaysia

manakala bagi projek di Sabah sejumlah RM215.06 juta (53.9%) telah dibelanjakan

daripada nilai kontrak asal berjumlah RM398.94 juta. Peratus perbelanjaan bagi

projek di Sabah adalah rendah disebabkan pengurangan bilangan sekolah yang

perlu dilaksanakan pemasangan sistem solar hibrid daripada senarai asal mengikut

kontrak.

Bagi kontrak di Sabah, KPM sedang menyediakan

Supplementary Agreement bagi penggantian 18 sekolah

dengan anggaran kos RM77 juta. Supplementary Agreement

untuk naiktaraf juga sedang disediakan dan anggaran pengiraan

kos sedang dibuat oleh Jabatan Kejra Raya (JKR).

Mengikut maklum balas Kementerian, bagi Projek SSH di Semenanjung Malaysia,

hanya 2 sekolah sahaja yang belum disiapkan iaitu SK Bihai dan SK Blau di Gua

Musang, Kelantan. Menurut pihak TNB-ES, 2 sekolah ini dijangka akan diserahkan

pada pertengahan bulan Jun 2012. Manakala bagi Projek SSH di Sabah, hanya

tinggal 11 sekolah lagi yang belum disiapkan. Menurut JKR, 6 sekolah tersebut

akan diserahkan pada pertengahan bulan Jun 2012 manakala baki 5 sekolah akan

diserahkan pada awal bulan Julai 2012.

33.5.2.1.c

Sistem Solar Hibrid Bertindan Dengan Sistem Talian Grid

Lawatan Audit mendapati 4 projek SSH di negeri Sabah dengan kos RM15.45 juta

telah siap sepenuhnya dan telah digunakan. Bagaimanapun, adalah diperhatikan

sekolah ini bakal menerima bekalan elektrik daripada KKLW/SESB melalui sistem

talian grid pada awal tahun 2012 kerana kerja memacak tiang elektrik dan

pendawaian oleh KKLW/SESB telah dimulakan. Mengikut maklumat yang diberikan

oleh KKLW/SESB, perancangan asal bagi projek talian grid di 3 sekolah tersebut

telah bermula pada bulan Ogos 2009 dan dijangka siap pada bulan Januari 2011.

Manakala bagi satu sekolah lagi, perancangan asal bagi projek talian grid telah

bermula pada bulan April 2011 dan dijangka siap pada bulan Oktober 2012. Pihak

sekolah memaklumkan tidak akan menggunakan kemudahan sistem solar hibrid ini

apabila sekolah mendapat bekalan elektrik dari talian grid.

4 sekolah yang dimaksudkan adalah :-

- SK Long Manis, Sandakan;

- SK Timbua, Ranau;

- SMK Timbua, Ranau; dan

- SK Tiang, Ranau.

KPM memutuskan sistem Solar hibrid di 4 buah sekolah tersebut

dipindahkan ke sekolah yang akan dinaiktaraf dan memerlukan

bekalan tambahan. Antara sekolah yang akan dinaik taraf adalah

SK Magandai.

Kementerian dalam maklum balasnya menyatakan bahawa kerap kali perbincangan

bersama KKLW dan SESB diadakan tetapi keputusan mereka kerap berubah dari

semasa ke semasa dan tidak dimaklumkan sedangkan Kementerian perlu segera

bagi mencapai KPI. Mesyuarat penyelarasan juga telah diadakan beberapa kali

255

255

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!