02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Perenggan 33 : Projek Sistem Solar Hibrid Untuk Sekolah Luar Bandar

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

33.5.1.1.a

Pencapaian Fizikal Projek

Semakan Audit mendapati prestasi kemajuan kerja Projek Sistem Solar Hibrid

(SSH) adalah kurang memuaskan di mana 25 projek lagi yang masih belum

disiapkan setakat akhir tahun 2011. Adalah didapati 12 projek di Semenanjung

Malaysia dan 13 projek di Sabah yang belum siap hanya mencapai 87% dan 90%

masing-masingnya setakat akhir bulan Disember 2011.

33.5.1.1.c Lawatan Audit pada bulan Februari, Oktober dan November 2011 mendapati 2

Projek SSH masih belum siap sepenuhnya iaitu Projek SSH di SK Lemoi, Cameron

Highlands, Pahang dan SK Kampung Baru, Sandakan, Sabah. Anggaran kemajuan

kerja yang telah siap bagi projek di sekolah ini oleh pegawai syarikat TNB-ES

adalah 85%. Manakala bagi Projek SSH di SK Kampung Baru, Sandakan, Sabah

yang dilaksanakan oleh Ayuda Engineering Sdn. Bhd., kerja akhir pendawaian

elektrik belum selesai penyambungannya dan kemajuan kerja semasa lawatan

Audit pada bulan Februari 2011 dianggarkan telah mencapai 98%.

Semua 25 sekolah yang dibangkitkan telah siap dan diserahkan

kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah

Kebangsaan (SK) Bihai dan SK Balau di Gua Musang, Kelantan

telah diserahkan pada 23 Jun 2012. Manakala bagi projek solar

di Sabah Fasa 2, telah diserahkan pada 14 Jun 2012 (enam

sekolah) dan 12 Julai 2012 (lima sekolah).

Sekolah Kg. Baru telah siap dan beroperasi pada 2 April 2012.

Tarikh Certificate of Practical Completion (CPC) adalah pada

18 April 2012 dan telah diserahkan pada 14 Jun 2012.

33.5.1.1.d

Pihak Audit difahamkan oleh kontraktor terlibat dan berdasarkan kepada alasan

tuntutan EOT dan pemerhatian di tapak projek antara sebab projek di SK Lemoi,

Cameron Highlands, Pahang tidak siap sepenuhnya dan belum diserah kepada

Kementerian adalah kerana masalah pengangkutan dan kesukaran jalan

perhubungan untuk menghantar peralatan ke sekolah di kawasan pedalaman

khususnya semasa musim hujan. Semasa lawatan Audit pada bulan Oktober 2011,

didapati panel solar untuk projek ini telah disimpan di Nurseri Sunflower Sdn. Bhd.,

Cameron Highlands, Pahang kerana masalah pengangkutan.

Mengikut maklum balas Kementerian, Projek SSH di SK Lemoi telah disiapkan dan

diserahkan pada 16 November 2011 manakala projek di SK Kampung Baru

dijangka akan diserahkan pada pertengahan bulan Jun 2012 walaupun di peringkat

awalnya dijangka diserahkan pada 2 April 2012 atas sebab logistik.

Pada pendapat Audit, kelewatan menyiapkan projek mengikut jadual telah

menyebabkan sekolah berkenaan tidak dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam

254

254

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!