02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

ATMS dan ATIS adalah baik. Bagaimanapun, DBKL perlu mengatasi masalah

kerosakan perkakasan komputer di beberapa workstation yang menjalankan

operasi ATMS. Sekiranya kerosakan yang sama berlaku kepada perkakasan

komputer yang sedia ada di workstation lain, keseluruhan operasi ITIS akan terjejas

dan sistem tersebut tidak akan dapat berfungsi lagi pada masa akan datang.

32.5.7 Penilaian Semula Terhadap Projek

Didapati tiada laporan disediakan berhubung analisis trend aliran trafik secara

sistematik dan berterusan seperti analisis terhadap perubahan bacaan halaju

kenderaan di Kuala Lumpur mengikut lokasi terpilih. Pihak DBKL memaklumkan

laporan tersebut hanya akan disediakan dan disalurkan kepada pihak dalaman atau

luar DBKL sekiranya ada permintaan.

DBKL mengambil maklum komen Jabatan Audit Negara dan

laporan analisis trend aliran trafik telah disediakan sejak bulan

Julai 2011.

Pada pendapat Audit, Kerajaan perlu menjalankan analisis kos faedah (cost benefit

analysis) secara menyeluruh terhadap viability projek sistem maklumat

pengangkutan seperti ITIS sebelum ia dilaksanakan. Ini adalah kerana pelaksanaan

projek tersebut melibatkan perbelanjaan dari aspek tenaga kerja, kos

penyenggaraan peralatan luar serta kos pajakan dan penyenggaraan bangunan.

Sekiranya kos yang ditanggung melebihi faedah yang diperoleh, Kerajaan perlu

membuat keputusan yang sewajarnya sama ada menamatkan projek tersebut

dengan serta-merta atau meneruskannya berserta alternatif lain yang difikirkan

bersesuaian bagi mengelakkan kerugian berterusan kepada Kerajaan.

32.6 DBKL perlu meningkatkan pemantauan terhadap kerja kontraktor dan memastikan

kontraktor mematuhi kekerapan penyenggaraan yang ditetapkan.

Bagi projek sistem maklumat pengangkutan lain yang akan dibangunkan kelak,

Kerajaan perlu memastikan sistem yang dirancang dan direkabentuk bukan

berdasarkan konsep proprietary sebaliknya berdasarkan konsep open architecture.

Kerajaan perlu menjalankan analisis kos faedah (cost benefit analysis) secara

menyeluruh terhadap viability projek sistem maklumat pengangkutan seperti ITIS

sebelum ia dilaksanakan. Ini disebabkan pelaksanaan projek tersebut melibatkan

perbelanjaan dari aspek tenaga kerja, kos penyenggaraan peralatan luar serta kos

pajakan dan penyenggaraan bangunan. Sekiranya kos yang ditanggung melebihi

faedah yang diperoleh, Kerajaan perlu membuat keputusan yang sewajarnya sama

ada menamatkan projek tersebut dengan serta-merta atau meneruskannya berserta

alternatif lain yang difikirkan bersesuaian bagi mengelakkan kerugian berterusan

oleh Kerajaan.

DBKL telah meningkatkan pemantauan terhadap kerja kontraktor

berdasarkan pemeriksaan di tapak dan status laporan yang

dikemukakan sejak Julai 2011. Segala laporan kerja-kerja

dilaporkan mengikut format sepertimana yang telah ditetapkan

dalam syarat kontrak.

Saranan bahawa projek sistem maklumat pengangkutan lain

yang dibangunkan kelak perlu mengambil kira konsep open

architecture di dalam pembinaan sistem telah disyaratkan dalam

penyediaan dokumen bagi kerja-kerja menaiktaraf peralatan luar

ITIS iaitu CCTV dan VMS.

Untuk projek menaik taraf dan penambahbaikan sistem

peralatan luar ITIS iaitu CCTV dan VMS yang diiklankan pada

September 2012, satu bengkel Pengurusan Nilai telah diadakan

pada 11 Jun hingga 15 Jun 2012 untuk memastikan projek yang

bakal dijalankan memberi kos faedah secara menyeluruh

terhadap projek disamping mengenalpasti skop kerja yang perlu

untuk menyumbang kepada objektif dan fungsi projek.

253

253

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!