02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

32.5.5.1.a

Pengurusan Traffic Management Centre

32.5.5.1.b

32.5.5.1.c

Head Lease Agreement antara TPM dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

hanya dimeterai pada bulan Mei 2006 iaitu 4 bulan selepas penolakan permohonan

pajakan tanah oleh JKPTG. Berdasarkan maklum balas DBKL, kelewatan

memuktamadkan Head Lease Agreement di antara TPM dengan PTP adalah di luar

kawalan DBKL disebabkan obligasi untuk memuktamadkan Head Lease Agreement

terletak pada TPM. Berdasarkan kepada minit mesyuarat dan surat berkaitan,

kelewatan untuk memeterai Head Lease Agreement adalah disebabkan TPM gagal

mengambil tindakan tegas untuk memuktamadkan perjanjian pajakan dengan PTP

dan tiada dokumen berkaitan telah disempurnakan oleh TPM bagi tujuan pajakan

kecil di antara TPM dengan DBKL selaras dengan keperluan Kanun Tanah Negara

1965.

Semakan Audit mendapati Perjanjian Pajakan Kecil antara TPM dengan DBKL

hanya disempurnakan pada bulan Disember 2006 iaitu 12 bulan selepas kerja

pembinaan bangunan TMC disiapkan pada bulan Disember 2005. Berikutan

penolakan permohonan pajakan tanah oleh JPKTG tersebut, pihak DBKL terpaksa

membayar RM8.49 juta bagi tempoh pajakan pertama selama 30 tahun. Pajakan ini

akan diperbaharui untuk tempoh 30 tahun dan 29 tahun berikutnya dengan syarat

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan masih meneruskan pemajakan tanah ini kepada

TPM. Pihak DBKL perlu membayar sewa pajakan yang dipersetujui bagi tempoh

lanjutan yang seterusnya. Selain itu, sungguhpun Kerajaan telah membelanjakan

sejumlah RM36.87 juta bagi pembinaan bangunan TMC, namun pemilikan

bangunan tersebut dari segi perundangan adalah atas nama TPM. Berdasarkan

maklum balas DBKL, kelewatan memuktamadkan Perjanjian Pajakan Kecil tersebut

disebabkan oleh ketiadaan perjanjian pajakan antara PTP dan TPM selaras dengan

peruntukan Kanun Tanah Negara 1965. Selain dari itu, perjanjian antara DBKL

dengan TPM mengambil masa sehingga 6 bulan untuk dimuktamadkan khususnya

berhubung terma pembayaran sebanyak RM8.49 juta.

Semakan Audit selanjutnya terhadap surat TPM kepada JKPTG bertarikh 23 Mac

2012 mendapati lanjutan tempoh pajakan kepada tambahan 59 tahun berikutnya

tidak dapat dibuat. Ini disebabkan TPM belum mendaftarkan pajakan dan pajakan

kecil memandangkan pelan pembahagian tanah (parcel land) di atas lot tanah

tersebut belum dimuktamadkan.

Pada pendapat Audit, urusan pajakan tanah TMC yang tidak teratur menyebabkan

Kerajaan terpaksa menanggung sejumlah RM8.49 juta bagi bayaran pajakan

kepada TPM dalam tempoh 30 tahun berbanding hanya membayar nilai nominal

RM10 kepada PTP bagi pajakan selama 99 tahun. Selain itu, bangunan tersebut

juga tidak dimiliki oleh DBKL sungguhpun Kerajaan telah membelanjakan RM36.87

juta untuk pembinaan bangunan tersebut.

Pihak TPM telah menghantar dokumen-dokumen untuk

pendaftaran Head Lease Agreement pada 24 Julai 2012 kepada

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Pihak TPM telah menghantar dokumen-dokumen untuk

pendaftaran Head Lease Agreement pada 24 Julai 2012 kepada

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Pihak TPM telah menghantar dokumen-dokumen untuk

pendaftaran Head Lease Agreement pada 24 Julai 2012 kepada

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

251

251

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!