02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pengusaha operasi/pemandu kenderaan serta masalah vandalisme.

32.5.4.4 Hasil pemeriksaan fizikal terhadap stok peralatan AVLS di stor TMC pada

31 Oktober 2011 mendapati daripada 1,408 peralatan AVLS yang telah

dipasangkan kepada kenderaan, hanya 263 (18.7%) daripadanya yang telah

ditanggalkan (akibat pemberhentian operasinya) dapat dikesan dan disimpan dalam

3 kotak berasingan di dalam stor tersebut. Namun didapati penyimpanannya tanpa

kawalan keselamatan yang teratur di mana kotak-kotak tersebut hanya diletakkan di

atas meja. Pihak Audit tidak dapat mengesan baki 192 stok peralatan AVLS yang

langsung tidak pernah digunakan memandangkan ia tidak disimpan di stor yang

sama serta kegagalan DBKL untuk menyediakan rekod yang teratur berkenaannya.

DBKL telah menyediakan sistem rekod dan bilik khas untuk

penyimpanan pada bulan Julai 2012 iaitu selepas pengauditan

oleh Jabatan Audit Negara.

Berdasarkan maklum balas DBKL, baki 1,145 unit peralatan AVLS tidak

dipulangkan oleh operator bas/teksi disebabkan kos penanggalan peralatan AVLS

adalah sangat tinggi iaitu dianggarkan berjumlah RM400,000 (perlu ditanggung oleh

DBKL) serta peralatan tersebut tidak lagi berfungsi dengan baik. DBKL juga

memaklumkan 174 unit daripada 192 unit (stok gantian) peralatan AVLS telah

digunakan dan baki 18 unit masih disimpan dalam stor.

Pada pendapat Audit, pembelian 1,600 peralatan AVLS pada nilai RM11.37 juta

adalah satu pembaziran kepada Kerajaan memandangkan tempoh penggunaannya

yang singkat iaitu hanya 3 tahun.

32.5.4.5 Pihak Audit selanjutnya telah membuat pemeriksaan ke lokasi pemasangan

peralatan luar Projek ITIS di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur pada 28

September 2011. Pemeriksaan tersebut yang telah dibuat terhadap 16 Variable

Message Signs (VMS); 10 Communication Cabinet (CC); 23 Closed Circuit

Television (CCTV) serta 61 Automatic Incident Detection System (AID) mendapati

perkara berikut:

DBKL menyedari peralatan luar ITIS iaitu CCTV dan VMS telah

melebihi 9 tahun dan mencapai jangka hayat dan DBKL dalam

proses untuk menaiktaraf sistem peralatan luar ITIS iaitu CCTV

dan VMS yang diiklankan pada bulan September 2012.

a. Hanya 8 (50%) daripada 16 peralatan VMS masih berfungsi. Bagaimanapun,

peralatan yang berfungsi ini diperhatikan hanya memaparkan mesej makluman

umum dan bukannya maklumat mengenai trafik. Berdasarkan maklum balas

DBKL, paparan mengenai trafik biasanya akan dipaparkan pada masa

kesibukan trafik (peak hours) sahaja.

b. Satu (10%) daripada 10 peralatan CC tidak berfungsi.

c. Sebanyak 18 (78.3%) daripada 23 peralatan CCTV tidak berfungsi.

d. Sebanyak 28 (45.9%) daripada 61 peralatan AID tidak berfungsi.

Pihak DBKL memaklumkan antara sebab peralatan gagal berfungsi ialah teknologi

“outdated”, kes vandalisme; masalah mendapatkan bekalan alat ganti serta

keperluan untuk menanggalkan peralatan akibat daripada kerja yang dilaksanakan

oleh pihak ketiga di lokasi tersebut.

250

250

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!