02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

utama ITIS khususnya bagi peralatan CCTV dan AID adalah di bawah 50%. Bagi

tempoh tahun 2009 hingga 2011 (sampel bulan September), tahap kebolehgunaan

CCTV adalah antara 43.5% hingga 49% daripada keseluruhan 225 peralatan dan

tahap kebolehgunaan AID adalah antara 16.1% hingga 40% daripada keseluruhan

728 peralatan. Manakala tahap kebolehgunaan VMS adalah antara 32.1% hingga

72.9% daripada keseluruhan 140 peralatan.

VMS. Tender naiktaraf sistem peralatan luar ITIS diiklankan

pada bulan September 2012.

32.5.4.3.a

32.5.4.3.b

Berdasarkan temu bual dengan jurutera penyenggaraan DBKL, pihak Audit

dimaklumkan antara sebab tahap kebolehgunaan yang rendah ialah kelemahan

dalam pengesahan terhadap kerja kontraktor serta ketiadaan alat ganti bagi

peralatan yang usang/tidak boleh digunakan.

Berdasarkan maklum balas DBKL, antara sebab kepada masalah tersebut adalah

peralatan luar ITIS telah melebihi jangka hayat, sering mengalami kerosakan dan

masalah untuk mendapatkan alat ganti peralatan. Peralatan tersebut juga terdedah

kepada perbuatan vandalisme dan kecurian.

Pada pendapat Audit, sungguhpun kontraktor luar telah dilantik bagi menyenggara

peralatan luar dengan perbelanjaan berjumlah RM16.21 juta bagi tempoh tahun

2009 hingga 2011, namun peratusan tahap kebolehgunaan peralatan luar

khususnya CCTV, AID dan VMS yang bernilai RM136.65 juta adalah kurang

memuaskan. Sekiranya masalah tahap kebolehgunaan peralatan luar tersebut tidak

ditangani segera, ia akan memberi kesan signifikan terhadap keberkesanan dan

kebolehpercayaan terhadap maklumat trafik yang disalurkan kepada pengguna

jalan raya.

Berbanding 1,600 peralatan tersebut yang dibekalkan pada nilai RM11.37 juta,

adalah didapati hanya 1,408 (88%) peralatan telah dipasangkan kepada kenderaan.

Berdasarkan semakan terhadap surat KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd.

bertarikh 11 Ogos 2006, pihak Audit mendapati baki 192 (12%) peralatan AVLS

tidak digunakan langsung dan hanya disimpan di stor. Berdasarkan maklum balas

DBKL, baki 192 unit yang tidak digunakan telah dijadikan sebagai stok simpanan

bagi penggantian peralatan apabila rosak semasa pengoperasian AVLS.

Semakan Audit selanjutnya mendapati AVLS tersebut yang mula digunakan pada

tahun 2005 telah diberhentikan operasinya mulai tahun 2008. Pihak Audit tidak

dapat mengesahkan ketepatan tarikh dan punca sebenar pemberhentian operasi

AVLS memandangkan DBKL tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen atau

rekod kepada pihak Audit bagi mengesahkannya. Berdasarkan maklum balas

DBKL, AVLS telah diberhentikan pada bulan Julai 2008 disebabkan maklumat yang

diperoleh tidak dapat digunakan secara berfaedah; kos penyenggaraannya terlalu

tinggi iaitu dianggarkan berjumlah RM120,000 sebulan; kurang kerjasama daripada

249

249

Kontrak asal sistem ITIS menetapkan hanya 1600 peralatan

AVLS dibekalkan. Namun semasa pelaksanaan projek, DBKL

hanya mendapat persetujuan 1,408 kenderaan perdagangan

untuk dipasang dengan peralatan AVLS. Ini menyebabkan baki

sebanyak 192 peralatan AVLS. Walau bagaimanapun, mengikut

rekod, sebahagian daripada baki tersebut iaitu sebanyak 174

unit telah digunakan untuk menggantikan mana-mana AVLS

yang telah rosak semasa operasi. Hanya 18 unit tidak

digunakan.

Pihak DBKL telah membuat pertimbangan yang paling wajar

untuk memberhentikan penggunaan sistem AVLS dalam sistem

ITIS bermula pada 1 Julai 2008 supaya pihak Kerajaan tidak

berterusan menanggung kerugian. Ini adalah kerana kos

penyenggaraan yang sangat tinggi, masalah vandalisme dan

kurang kerjasama daripada pengusaha operasi/pemandu

kenderaan manakala maklumat yang diperolehi tidak dapat

digunakan secara berfaedah dalam Sistem ITIS.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!