02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR (KWPKB)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Perenggan 32 : Pengurusan Projek Integrated Transport Information System (ITIS)

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

32.5.1.3.a

Pencapaian Outcome

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan, Key Performance Index (KPI)

hendaklah ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi dengan mengambil kira

pendekatan yang boleh diukur selaras dengan objektif sesuatu program yang telah

ditetapkan. Semakan Audit mendapati DBKL telah menetapkan KPI bagi Projek

Integrated Transport Information System (ITIS) iaitu berdasarkan bilangan kes

bantuan awal/panggilan insiden yang diselesaikan serta bilangan peralatan VMS

yang boleh berfungsi. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada DBKL

(setakat bulan Ogos 2011), pencapaian KPI bagi projek ini adalah baik kerana

kesemua kes bantuan awal/panggilan insiden dapat diselesaikan serta bilangan

peralatan VMS yang boleh berfungsi secara bulanan mencapai 78%.

Saranan Audit untuk mewujudkan KPI baru berkenaan halaju

kenderaan telah diambil kira dalam tender baru untuk

menaiktaraf sistem peralatan luar ITIS (CCTV dan VMS). Ia telah

dimasukkan sebagai salah satu syarat keperluan teknikal sistem.

Tender ini akan diiklankan pada bulan September 2012 ini.

Pada pendapat Audit, sungguhpun KPI yang ditetapkan telah mencapai sasaran,

namun ia tidak mencukupi untuk mencapai objektif atau outcome Projek ITIS iaitu

untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Sehubungan itu, DBKL

disarankan menetapkan lebih banyak KPI yang menjurus kepada pencapaian

objektif ITIS. Antaranya dengan menetapkan KPI berhubung dengan perubahan

bacaan halaju kenderaan (speed reading) di Bandaraya Kuala Lumpur mengikut

lokasi terpilih.

Berdasarkan maklum balas DBKL, Projek ITIS tidak direka bentuk untuk mencapai

KPI berhubung dengan perubahan bacaan halaju kenderaan (speed reading).

Bagaimanapun, DBKL mengambil maklum syor Audit untuk penambahbaikan pada

masa hadapan.

32.5.1.3 b. Bagi tujuan membuat analisis terhadap kepuasan pelanggan, pihak Audit telah

mendapatkan maklum balas daripada 150 pengguna jalan raya terhadap

pelaksanaan projek ini melalui soal selidik yang disediakan. Analisis Audit

terhadap maklum balas yang diterima secara umumnya mendapati perkara

seperti berikut:

DBKL telah mengadakan program Hari Terbuka pada

9 April 2008 berserta perasmian laman web dan sering

menerima pelawat pada sepanjang tahun semenjak mula

beroperasi. Publisiti serta promosi berkenaan dengan

perkhidmatan sistem ITIS dilaksanakan secara berterusan oleh

246

246

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!