02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

31.5.4.1.b

Lokasi penyimpanan aset adalah di tempat yang terbuka, di mana ia hanya

ditempatkan dalam kawasan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR yang

berpagar dengan pagar jenis chain-link sahaja. Lokasi tersebut telah dicerobohi

sebanyak 5 kali sejak 20 November 2010 hingga semakan dibuat dan terdapat aset

yang telah hilang/dipercayai telah dicuri. Sungguhpun laporan polis mengenainya

telah dibuat, namun kuantiti dan nilai aset yang hilang tidak dapat ditentukan.

Berdasarkan laporan tersebut, berlaku pencerobohan di kawasan sekeliling

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR di mana terdapat kesan pagar yang

dipotong. Jenis aset terpakai yang dicuri pula adalah kabel, aluminium dan rel lama.

Lanjutan daripada pencerobohan tersebut, JKR memaklumkan telah membina

tembok batu di sekeliling kawasan JKR mulai bulan November 2011. Semasa

lawatan Audit dibuat, sebahagian besar aset terpakai juga didapati telah

dipindahkan ke kawasan junk yard sementara tembok batu disiapkan sepenuhnya.

Pihak Audit juga dimaklumkan terdapat 3 orang pengawal keselamatan ditugaskan

untuk membuat rondaan mulai bulan November 2011.

Sebagai langkah penambahbaikan, pihak JKR telah membina

tembok batu di sekeliling kawasan JKR bagi mengelakkan

kecurian. Selain itu, pengawal keselamatan juga telah

ditugaskan untuk membuat rondaan bagi mencegah kecurian

daripada berlaku.

31.5.4.2 Aset Di Stesen Bawah Bukit Bendera

Lawatan fizikal susulan oleh pihak Audit pada bulan Julai 2011, adalah didapati aset

disimpan di tempat yang kurang sesuai di mana ia ditempatkan berhampiran jalan

keluar masuk yang tidak berpagar serta boleh dibolosi oleh kenderaan ringan.

Peralatan tersebut juga disimpan di tempat yang tidak berbumbung Selain itu,

pengesahan terhadap aset fizikal sukar dijalankan memandangkan PHC tidak

menyelenggarakan daftar aset yang lengkap; kemas kini dan terperinci mengenai

jenis dan kuantiti aset; penempatan aset serta status semasa aset yang berkenaan.

Peralatan sistem kereta api sedia ada di stesen bawah Bukit

Bendera telah diserahkan kepada JKR Pulau Pinang pada

14 Jun 2010 bagi urusan pelupusan oleh Pejabat tapak

Pembinaan, JKR (CKBA) bagi projek naik taraf kereta api sedia

adad bukit Bendera.

Pada pendapat Audit, ketiadaan rekod yang lengkap dan sempurna serta tempat

penyimpanan aset terpakai yang terbuka dan tidak dilengkapkan dengan ciri-ciri

keselamatan mendedahkan kepada risiko aset tersebut disalah guna; dicuri dan

tidak dapat dikesan/hilang. Sehubungan itu, kawalan terhadap penyimpanan dan

penyelenggaraan daftar aset yang lengkap dan kemas kini perlu dipertingkatkan

memandangkan aset tersebut bernilai tinggi.

Berdasarkan maklum balas JKR, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pulau

Pinang sedang dalam proses menilai sebut harga bagi pelupusan aset projek.

Sebut harga telah dibuka pada 11 Mac 2012 dan ditutup pada 11 April 2012. Hasil

penilaian akan dipanjangkan kepada SUK Pulau Pinang untuk keputusan bagi

tujuan pelupusan.

245

245

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!