02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

31.5.3.9 PHC telah mendapatkan polisi insurans bagi penumpang kereta api tetapi jumlah

insurans yang dilindungi untuk setiap penumpang tidak ditunjukkan di dalam tiket.

Selain itu, semakan pada bulan Julai 2011 juga mendapati PHC masih belum

membuat permohonan insurans bagi kakitangannya.

Berdasarkan maklum balas PHC, jumlah nilai insurans yang dilindungi untuk setiap

penumpang tidak dinyatakan dalam tiket memandangkan cetakan tiket telah dibuat

secara pukal sebelum ini. Bagaimanapun cetakan nilai insurans pada tiket akan

dibuat pada masa hadapan. Polisi insurans bagi kakitangan PHC juga telah

disediakan.

31.5.3.10 Mengikut peraturan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Sijil

Perakuan Kelayakan Operasi merupakan lesen operasi sistem kereta api dan ianya

perlu dipamerkan. Bagaimanapun, lawatan susulan Audit pada bulan Julai 2011

mendapati sijil tersebut yang pada asalnya dipamerkan di stesen bawah telah

ditanggalkan dan disimpan dalam bilik penyimpanan peralatan. Selain itu, Papan

Notis Keselamatan yang telah dibekalkan oleh kontraktor seperti mana ketetapan

kontrak didapati hanya disimpan dalam bilik stor peralatan. Adalah diperhatikan

juga Papan Kenyataan Berkaitan Sejarah Bukit Bendera yang telah disediakan oleh

Kementerian Pelancongan untuk memberi informasi kepada pengunjung juga tidak

dipamerkan dan hanya disimpan di dalam bilik stor peralatan.

Jumlah nilai insurans yang dilindungi untuk setiap penumpang

tidak dipamerkan dalam tiket memandangkan cetakan tiket telah

dibuat secara bundle sebelum ini. Walau bagaimanapun cetakan

nilai insurans pada tiket akan dibuat untuk cetakan tiket akan

datang.

Polisi Insurans bagi kakitangan dan pegawai PHC telah

diwujudkan.

PHC telah memutuskan untuk menggantikan papan-papan tanda

di kawasan Penang Hill dengan papan tanda yang mempunyai

reka bentuk bersesuaian dengan bangunan sedia ada sekarang.

Ini termasuklah dengan menggantikan papan sijil perakuan

kelayakan operasi, notis keselamatan dan ringkasan sejarah

Bukit Bendera. Papan tanda baru telah pun dibuat tempahan

oleh PHC dan dijangka siap pada akhir April 2012.

Pada pendapat Audit, PHC perlu memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang

telah disediakan oleh Kementerian/kontraktor bagi memastikan Kerajaan mendapat

value for money bagi perbelanjaan yang telah dibuat.

Berdasarkan maklum balas PHC, reka bentuk papan notis keselamatan, papan sijil

kelayakan operasi dan papan sejarah Bukit Bendera sedia ada tidak bersesuaian

dengan reka bentuk bangunan dan sebagai penambahbaikan papan tanda tersebut

telah siap pada bulan April 2012.

31.5.4.1.a

Aset Di Stor JKR Sungai Pinang

JKR tidak menyelenggarakan daftar aset yang lengkap; kemas kini dan terperinci

mengenai jenis dan kuantiti aset; penempatan aset serta status semasa aset

terpakai. Borang Penerimaan berkenaan aset yang diterima daripada kontraktor

serta rekod mengenai aset tersebut juga tidak difailkan dengan teratur. Selain itu,

pihak Audit tidak dapat mengesahkan aset yang disimpan di JKR secara fizikal

memandangkan terdapat perbezaan antara senarai yang disediakan oleh kontraktor

dan JKR khususnya berkenaan perincian/spesifikasi; kuantiti dan nilai aset.

Pelupusan aset dilaksanakan secara tender dan telah

diputuskan semasa mesyuarat Lembaga tender yang diadakan

pada 1 Ogos 2012 JKR Pulau Pinang bahagian mekanikal

sedang dalam proses penyediaan surat setuju terima kepada

pihak yang berjaya.

244

244

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!