02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

31.5.3.4.a

31.5.3.4.b

31.5.3.4.c

Hanya sebahagian laporan penyenggaraan harian sahaja dikemukakan untuk

semakan bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2011. Manakala PHC juga gagal

mengemukakan kesemua Laporan Penyenggaraan Harian, Mingguan dan Bulanan

bagi bulan tersebut kepada JKR dan kontraktor sungguhpun kedua-dua pihak

tersebut telah mengeluarkan surat peringatan beberapa kali.

Berdasarkan maklum balas PHC sebagai langkah penambahbaikan Laporan

Penyenggaraan Harian, Mingguan dan Bulanan bagi bulan Ogos hingga

November 2011 telah dikemukakan kepada JKR dan kontraktor.

Kaedah penyenggaraan yang dijalankan tidak mengikut standard yang ditetapkan

dalam Manual Operasi. Berdasarkan maklum balas kakitangan terlibat,

penyenggaraan harian yang dijalankan hanya untuk memastikan sistem operasi

secara visual dapat berfungsi sedangkan mengikut Manual Operasi, pemeriksaan

hendaklah dijalankan secara terperinci bagi setiap peralatan.

Berdasarkan maklum balas PHC, jadual pelan latihan telah diwujudkan bagi

mempertingkatkan kaedah penyenggaraan agar menepati standard di dalam

manual operasi. Latihan dijalankan dengan kerjasama Syarikat Garaventa dan

pihak lain yang mempunyai kepakaran seperti Rapid Penang.

Pihak Audit tidak dapat memastikan sama ada pemantauan yang rapi telah dibuat

oleh Pengurus Operasi dan pegawai penyelia terhadap kerja penyenggaraan yang

dijalankan. Ini kerana berdasarkan laporan penyenggaraan yang disemak, terdapat

beberapa kes penyenggaraan yang tidak dibuat tetapi disahkan oleh Pengurus

Operasi dan pegawai penyelia serta terdapat juga penyenggaraan yang dibuat

tetapi tidak mendapat pengesahan oleh Pengurus Operasi dan pegawai penyelia.

Berdasarkan kepada semakan KPL, Laporan penyelenggaraan

telah dihantar secara pukal melalui surat PBBPP/001/OPS/AM

(38) bertarikh 1 Disember 2011.

Berdasarkan maklum balas PHC, jadual pelan latihan telah

diwujudkan bagi mempertingkatkan kaedah penyenggaraan agar

menepati standard di dalam manual operasi. Latihan dijalankan

dengan kerjasama Syarikat Garaventa dan pihak lain yang

mempunyai kepakaran seperti Rapid Penang.

Jadual pelaksanaan pemeriksaan berkala telah diwujudkan pada

Julai 2011 dan ditambah baik oleh Bahagian Operasi PHC pada

September 2011 dan terakhir sekali pada Mac 2012.

31.5.3.6 Semakan Audit mendapati Pelan Tindakan Kecemasan yang menyeluruh masih

belum disediakan di mana PHC hanya menyediakan Carta Aliran Kerja Kawalan

Kecemasan dan Senarai Kakitangan Bertanggungjawab Semasa Kecemasan yang

dipamerkan di bilik kawalan. Berdasarkan temu bual terhadap 5 orang kakitangan

PHC, proses yang dinyatakan di dalam carta tersebut kurang difahami dan tidak

menyeluruh. Selain itu, tiada bukti bertulis menunjukkan bahawa sebarang latihan

ujian kecemasan dibuat.

Garis Panduan pelan tindakan kecemasan pada tahun 2011

telah diwujudkan dan latihan kepada kakitangan dibuat secara

berkala mulai pada 13 Januari 2012 iaitu latihan menyelamat

kepada kakitangan.

Pada pendapat Audit, ketiadaan Pelan Tindakan Kecemasan yang menyeluruh

boleh memberi kesan kepada sistem kereta api, pengunjung dan kakitangan PHC.

Seandainya berlaku kecemasan, kakitangan terlibat tidak pasti bentuk tindakan

yang sepatutnya diambil. Kakitangan juga akan merasa tertekan/cemas untuk

menghadapi situasi kecemasan dan seterusnya memberi kesan terhadap sistem

operasi serta menjejaskan keselamatan pengunjung.

Berdasarkan maklum balas PHC, Garis Panduan Pelan Tindakan Kecemasan telah

disediakan pada bulan Ogos 2011 dan latihan kepada kakitangan mengenai aspek

242

242

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!