02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

(70.0%) daripada 20 kekosongan tersebut melibatkan Bahagian Operasi. Lapan

(57.1%) daripada 14 kekosongan perjawatan di Bahagian Operasi merupakan

perjawatan teknikal yang terlibat dalam operasi sistem kereta api iaitu Jurutera dan

Penolong Jurutera. Adalah didapati PHC tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi

mengisi kekosongan perjawatan ini sebaliknya telah mewujudkan 23 perjawatan

lain secara kontrak. Antara sebab pewujudan jawatan kontrak tersebut adalah

kerana beberapa jawatan kritikal tidak diambil kira.

Pada pendapat Audit, jawatan Pengurus Besar PHC wajar diisi oleh kakitangan

yang dilantik secara tetap bagi memastikan beliau dapat memberikan komitmen dan

tumpuan sepenuhnya terhadap operasi PHC. Perjawatan yang masih belum diisi

juga perlu diambil tindakan segera agar operasi PHC tidak terjejas.

Berdasarkan maklum balas Kementerian dan PHC, perjawatan terkini telah pun

mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada bulan November 2011.

Sebahagian daripada jawatan kosong telah diiklankan pada bulan April 2012.

31.5.3.2 PHC masih belum mempunyai Standard Operating Procedures (SOP) yang lengkap

untuk kegunaan dan panduan kakitangan di semua Bahagian iaitu Operasi;

Pentadbiran dan Kewangan; Promosi dan Pemasaran serta Penyelidikan dan

Pembangunan. Sungguhpun Bahagian Operasi ada menyediakan SOP tetapi tidak

dapat ditentukan sama ada ia disediakan untuk keseluruhan aktiviti PHC kerana

maklumatnya tidak didokumenkan dengan teratur. Selain itu, adalah didapati hanya

18 daripada 27 kakitangan Bahagian Operasi telah menerima SOP. Berdasarkan

temu bual Audit dengan kakitangan terlibat pula, mereka berpendapat SOP yang

disediakan tidak menggambarkan proses kerja yang jelas; tidak disertakan dengan

Carta Aliran Kerja bagi setiap aktiviti berkaitan; tidak dilengkapkan dengan Senarai

Semak untuk memastikan setiap proses dibuat; tidak disertakan dengan Senarai

Pegawai Yang Dirujuk dan tidak disertakan dengan Senarai Undangundang/Standard

berkaitan.

PHC telah mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP)

bagi kegunaan pegawai dan kakitangan di semua bahagian.

Berdasarkan maklum balas, PHC telah mengkaji semula SOP yang sedia ada dan

membuat pindaan yang berkaitan. SOP yang dipinda tersebut berkuat kuasa mulai

bulan November 2011 bagi kegunaan pegawai dan kakitangan di semua Bahagian.

31.5.3.3 PHC tidak menyediakan Senarai Tugas dan Fail Meja untuk setiap kakitangannya.

Berikutan perkara tersebut, peraturan dan proses kerja yang jelas dan terperinci

tidak dapat disampaikan kepada kakitangannya. Kesannya, sebahagian kerja

dilaksanakan mengikut cara tersendiri berdasarkan persepsi masing-masing.

Contohnya semasa lawatan Audit dibuat, didapati notis kenyataan awam tidak

ditampal dengan teratur. Keadaan ini boleh menjejaskan imej Kerajaan dan juga

pengurusan Bukit Bendera di mata umum.

Pengurus Bahagian Khidmat pengurusan PHC telah menghadiri

sesi taklimat penyediaan fail meja oleh SUK Penang pada

15 Mac 2012. Satu latihan khusus akan diberikan kepada

pegawai dan kakitangan PHC bagi pendedahan sewajarnya

sebelum satu arahan khas dikeluarkan kepada kakitangan PHC

untuk menyediakan fail meja.

Berdasarkan maklum balas PHC, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan PHC

telah menghadiri sesi taklimat penyediaan fail meja oleh SUK Penang pada

15 Mac 2012.

241

241

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!