02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PELANCONGAN (MOTOUR)

Perenggan 31 : Pengurusan Projek Menaik Taraf Kereta Api Bukit Bendera, Pulau Pinang

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

31.5.1.1 Pencapaian Fizikal Projek

Semakan Audit mendapati kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja mengikut

tempoh yang ditetapkan. Berdasarkan Laporan Kemajuan Kerja Bulan September

2010, peratusan kerja mencapai tahap 94% pada akhir bulan September 2010.

Selanjutnya, pihak Audit mendapati Pegawai Penguasa telah meluluskan 2 lanjutan

masa selama 126 hari. Pegawai Penguasa telah mengeluarkan Sijil Perakuan Siap

Kerja dan mengesahkan bahawa keseluruhan kerja telah siap dengan memuaskan

pada 31 Januari 2011. Manakala pihak JKR telah menyerahkan projek secara rasmi

kepada pihak PHC pada 19 Mac 2011.

Secara rasmi, projek ini telah diserahkan kepada PHC PADA 19

Mac 2011 dengan perakuan projek siap no. Rujukan KPL/PB

727-2/3/1 Jld 8. Serahan melibatkan tiga pihak iaitu KPL, JKR

dan PHC serta ditandatangani oleh Pengurus Besar, KSU

kementerian Pelancongan dengan disaksikan YBM

Pelancongan.

Pada pendapat Audit, projek telah dapat disiapkan setelah mengambil kira 2

lanjutan masa selama 126 hari.

31.5.1.2.a

Pencapaian Kewangan

31.5.1.2.b

Berbanding peruntukan siling berjumlah RM68.80 juta, adalah didapati kos

keseluruhan projek adalah berjumlah RM63.09 juta, di mana ia meliputi kos asal

serta perubahan kerja. Berdasarkan kos tersebut, terdapat peningkatan sebanyak

6.9% daripada kos asal.

Berdasarkan maklum balas JKR, peningkatan kos tersebut disebabkan oleh kerja

penggantian kabel TNB serta kerja memperkukuhkan struktur landasan. Perkiraan

muktamad bagi harga kontrak terlaras ialah RM67.38 juta iaitu masih tidak melebihi

peruntukan sejumlah RM68.80 juta.

Berdasarkan semakan terhadap catatan di Buku Harian Tapak Bina, kerja-kerja

tambahan telah dilaksanakan terlebih dahulu bagi 5 daripada 8 APK sebelum APK

tersebut diluluskan.

Pada pendapat Audit, kerja tambahan yang dibuat sebelum kelulusan JKR adalah

tidak teratur.

Berdasarkan maklum balas JKR, peningkatan kos tersebut

disebabkan oleh kerja penggantian kabel TNB serta kerja

memperkukuhkan struktur landasan. Perkiraan muktamad bagi

harga kontrak terlaras ialah RM67.38 juta iaitu masih tidak

melebihi peruntukan sebanyak RM68.80 juta.

Berdasarkan kepada maklum balas JKR, kelulusan APK telah

lewat diterima. Walau bagaimanapun, kerja-kerja tambahan

perlu diteruskan bagi mengelakkan projek lewat disiapkan.

239

239

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!