02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Kewangan yang diketuai oleh pegawai kontrak gred N41. Dengan itu pemantauan

terhadap sesuatu projek akan dilaksanakan oleh pegawai kontrak N41 tersebut dan

dibantu oleh pegawai tetap gred N36/N32. Perjawatan bagi pegawai gred N41

adalah secara ‘contract of service’ di mana pelantikan ini akan tamat selepas

tempoh setahun perkhidmatan. Ini boleh memberi kesan terhadap kesinambungan

urusan pemantauan sesuatu projek secara berterusan.

Pada pendapat Audit, beban tugas pegawai pemantau yang tidak sepadan dengan

bilangan projek yang dilaksanakan serta pelantikan pegawai secara ‘contract of

service’ memberi kesan secara tidak langsung terhadap pemantauan projek

pelancongan yang dibangunkan/dinaik taraf. Selain itu, Kementerian/PKPN perlu

mempertingkatkan penyeliaan terhadap agensi pelaksana dan perunding yang

dilantik serta mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang gagal

melaksanakan tugas dengan berkesan.

30.6.1 Syor Audit

Kementerian/PKPN perlu menetapkan KPI dan melaksanakannya dengan

mengambil kira objektif program ini khususnya bagi menyediakan kemudahan

pelancongan yang lebih baik agar imej negara di mata dunia dapat dipertingkatkan.

30.6.2 Kementerian hendaklah menilai outcome dan impak daripada projek dalam program

ini supaya Kerajaan memperoleh value for money untuk setiap perbelanjaan yang

dibuat.

30.6.4 Kementerian/PKPN perlu memantau dengan lebih teliti pelaksanaan keseluruhan

projek bagi memastikan ia dapat disiapkan dengan sempurna dan mengambil

tindakan tegas terhadap pihak yang gagal melaksanakan kerja sebagaimana yang

ditetapkan.

30.6.5 Kementerian/PKPN hendaklah memastikan pihak bertanggungjawab mengambil

tindakan segera untuk membaiki kerosakan, kecacatan, meningkatkan tahap

keselamatan, memantau kes vandalisme/kecurian dan mengambil langkah untuk

membuat penyenggaraan secara berkala supaya projek dapat diguna secara

optimum dan berterusan.

Bagi tahun 2012, KPL telah menetapkan KPI iaitu sebanyak 98

projek di bawah Program Peningkatan Penyediaan Kemudahan

Pelancongan untuk dilaksanakan.

Bermula tahun 2012, KPL telah mensyaratkan agar permohonan

projek baru perlulah disertakan dengan outcome dan impak

projek bagi memastikan kerajaan memperolehi value for money

daripada setiap perbelanjaan yang dibuat.

KPL sentiasa memastikan pelaksanaan projek dipantau dengan

mengadakan mesyuarat mingguan bersama YB Menteri

Pelancongan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri

Pelancongan) dan mengambil langkah proaktif ke atas projekprojek

dalam status lewat jadual. Bagi memastikan pemantauan

projek dilakukan dengan lebih efisien, KPL juga mengadakan

Mesyuarat Pemantauan Projek-projek Pelancongan di setiap

negeri yang dihadiri oleh agensi-agensi Pelaksana.

Melalui mesyuarat-mesyuarat bersama PKPLN Negeri dan

pemilik projek, KPL sentiasa menekankan supaya projek-projek

di bawah pelaksanaan KPL dipantau dan diselenggara bagi

mengelakkan berlakunya kes vandalisme/kecurian.

238

238

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!