02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

30.5.2.4.b

Semakan Audit ke atas Projek Pembinaan Dan Menaik Taraf Tandas Awam di

Tempat-tempat Pelancongan Di Pulau Langkawi, Kedah mendapati wujud

perubahan dan tambahan skop kerja yang telah diluluskan serta melibatkan

tambahan kos sejumlah RM137,635 dari kos asal RM1.09 juta. Bagaimanapun skop

kerja yang ditambah iaitu menaik taraf tandas di bangunan bertingkat Majlis

Perbandaran Langkawi (MPL) dengan kos berjumlah RM159,834 melibatkan tandas

awam (tingkat bawah) dan tandas pejabat. Selain itu, salah satu komponen subprojek

yang diubah skop dan lokasi iaitu membina tandas di Tasik Teluk Kedak

kepada menaik taraf tandas di Bangunan Pusat Dagangan Kelana Mas melibatkan

kos berjumlah RM0.21 juta tidak dapat diguna secara optimum kerana tidak

dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air.

Pada pendapat Audit, perubahan lokasi/skop kerja hendaklah mengambil kira

keperluan pengguna sasaran iaitu pelancong dan tahap penggunaan yang

maksimum supaya Kerajaan mendapat value for money.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, berlaku kes vandalisme dan kecurian di

tandas. Bagaimanapun, tandas tersebut telah ditutup berdasarkan laporan

pemeriksaan pada 18 April 2012 oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Berdasarkan kepada semakan Kementerian dengan pihak Majlis

Perbandaran Langkawi (MPL), bekalan elektrik dan air di tandas

Bangunan Pusat Dagangan Kelana Mas telah dihentikan

berikutan berlaku kes-kes vandalisme dan kecurian di tandas

tersebut. Operasi tandas tersebut juga telah dilantik

berdasarkan kepada laporan pemeriksaan oleh Jabatan

Kesihatan Persekitaran pada 18 April 2012.

30.5.3.1 Spesifikasi / Kesesuaian Kerja Pembinaan

Semakan Audit mendapati, 3 kerja didapati tidak sesuai/tidak mengikut spesifikasi.

Kerja ini melibatkan 2 projek yang bernilai RM22.48 juta. Keadaan ini boleh

menyebabkan kerja pembaikan/tambahan terpaksa dijalankan.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, menara tidak direka untuk digunakan

sebagai menara tinjau tetapi untuk tujuan estetik.

Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Di Damai,

Sarawak.

Menara yang dimaksudkan tidak direka untuk digunakan sebagai

menara tinjau tetapi lebih untuk tujuan estetik. Pihak operator

telah mencadangkan untuk menjadikan menara tersebut sebagai

Audio-Visual Control Platform untuk pengguna Kompleks ini

terutama sekali pengguna Multi-Purpose Lawn. Pelan cadangan

menjadikan menara sebagai Audio-Visual control Platform.

Peningkatan Kemudahan Pelancongan Di Pintu Masuk

Rantau Panjang, Pasir Panjang, Kelantan.

Projek ini merupakan projek yang dilaksanakan oleh pihak JKR

dan masih di bawah DLP.

30.5.3.2 Kualiti Kerja

Semakan Audit mendapati 5 kerja dilaksanakan adalah tidak berkualiti atau tidak

kemas/tidak sempurna yang melibatkan 4 projek bernilai RM18.62 juta projek.

Pada pendapat Audit, Kementerian/PKPN perlu memantau dan menyelia kerja

Cadangan Pembangunan Dan Penempatan Semula Penjaja

dan Teluk Nipah Waterfront di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Takungan air pada laluan pejalan kaki adalah disebabkan pasir

232

232

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!