02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

30.5.2.2.b.ii

Bagi Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Sungai Kedah/Sungai Anak

Bukit yang bernilai RM8.30 juta, adalah didapati CPC dan CNC telah dikeluarkan

pada tarikh yang sama iaitu pada 28 Oktober 2010. Pihak Audit juga tidak dapat

mengesahkan peratusan kemajuan kerja sebenar memandangkan laporan

mengenainya tidak dikemukakan untuk semakan.

Pada pendapat Audit, tindakan pengeluaran CPC yang tidak teratur boleh memberi

kesan terhadap Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP). Kerajaan akan

menanggung kerugian sekiranya pembaikan kerja tidak dapat dibuat dalam tempoh

yang sepatutnya akibat DLP telah luput.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, tindakan pembatalan CNC telah dibuat

oleh perunding arkitek pada 10 April 2012.

Berlaku kesilapan semasa CPC dan CNC dikeluarkan. Tindakan

rektifikasi telah diambil dengan mengeluarkan surat pengesahan

kesilapan tarikh CPC dan CNC dikeluarkan oleh Arkitek.

30.5.2.3 Pelaksanaan/Pembekalan Kerja Penyediaan/Naik Taraf

Semakan Audit mendapati 2 projek berjumlah RM0.61 juta tidak

dilaksanakan/dibekalkan dengan sempurna walaupun bayaran sepenuhnya telah

dilakukan oleh Kementerian/Agensi Pelaksana.

Pada pendapat Audit, Kementerian/Agensi Pelaksana hendaklah memastikan

pembayaran hanya dibuat setelah kerja dilaksanakan dengan sempurna bagi

memastikan projek dapat dimanfaatkan secara menyeluruh.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, tindakan memasang 8 unit kipas di tapak

gerai Pasar Malam Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan telah disempurnakan

pada 9 April 2012.

Menaiktaraf Kubu Magherita Kuching (Fasa 7)

Cermin yang pecah dan bingkai tingkap telah diganti dan

dipasang.

Cadangan Menaik taraf Pusat Bandar Rantau Panjang

Sebagai Pintu Masuk Ke Selatan Thailand

Tindakan telah diambil.

30.5.2.4.a

Pengesahan Terhadap Lokasi Projek Asal/Yang Diubah

Skop kerja hendaklah disediakan dengan terperinci supaya maklumat perihal projek

yang jelas dan komprehensif dapat ditentukan dengan mudah. Semakan Audit

terhadap Projek Menaik Taraf Tandas Awam, Musalla Dan Pagar Di Pantai Irama,

Bachok, Kelantan berjumlah RM0.20 juta mendapati kerja sebenar yang siap

dilaksanakan pada 5 Ogos 2009 adalah kerja menaik taraf 20 unit kiosk, menaik

taraf tandas awam; membekal dan membaiki 5 unit wakaf serta membekal dan

membaiki peralatan permainan kanak-kanak. Pihak Audit tidak dapat mengesahkan

sama ada perubahan skop diluluskan kerana tiada maklumat mengenainya. Selain

itu, tapak pembinaan projek tidak dapat ditentukan dengan jelas oleh Pegawai

Kementerian dan Majlis Daerah Bachok (MDB).

KPL telah membuat semakan terhadap Projek Naiktaraf Tandas

Awam, Musalla Dan Pagar di Pantai Irama, Bachok, Kelantan

dan mendapati kerja sebenar yang siap dilaksanakan adalah

kerja-kerja sebagaimana yang telah dinyatakan dan mengikut

skop kerja yang terdapat di dalam bill of quantity (BQ). KPL juga

mendapati bahawa tiada perubahan pada skop kerja seperti

mana di BQ asal

231

231

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!